Monday, November 24, 2008

Yoga haram..

Kawe singgah minum di Mamak TAR tengahari ini. Macam biasa, bukan nak minum sangat tetapi nak tengok mana Pak Hassan tengahari ni. Biasanya tengahari dia mari makan di Mamak ni. Lari jadual kot. Ke dia dah cover menyapu di kawasan lain.

Baru je lepas di mulut, nampak dah Pak Hasan datang dengan mengheret penyapunya serta mulut kumat kamit yang tidak pernah dijelaskannya apa yang dizikirkan. Dah banyak kali kawe tanya, jawapan tetap sama, apa hal ekao nak tahu?. Kawe rasa kalu di tanya sekali lagi mesti di tanya balik kawe, Ekao rasa penyapu aku ni masam ke manis?

Orang tua tu melangkah masuk ke ruang kedai dan senyum ke arah kawe. Apa khabar orang muda?

Muda ke macam ni? Kawe jawab berseloroh.

Nak kata muda tu idak ler, tapi kurang bangka la. Hahahahahha.. Orang tua tu gelak sambil mengesat peluh di dahi dengan T shirt seragam DBKL nya.

Apa cerita yoga jis (singkatan bagi aziz)?

Pak Hassan ni tanya macam la abang saya ada dalam majlis fatwa tu. Kawe menolak satu air mineral milik kawe untuk dia hilangkan dahaga

Aku tanya saja, apa pandangan kao..

Baguslah haram, kurang-kurang orang tahu berjampi (chanting) meditasi cara hindu tu haram bagi orang Islam. Mendatangkan syirik.
Kawe cuba cucuk. Apa orang tua ni nak cakap.

Kalau yang yoga senaman sahaja takde jampi dan meditasi?

Cara dan gerakan dia masih melambangkan hindu dan amalan pemujaan dalam hindu.

Betul-Betul!.. kekadang otak kau ni nampak macam lawyer.
Sempat lagi dia perli kawe..

iksh!

2 komen:

Anonymous said...

Kita pakat join Abe ise main silat la pulak.. berapa mung caj org nak join silat?

SH said...

Orang lain aku caj RM30.00 tapi mung aku caj RM100.00 sebab lawyer besar harga pun besar...

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►