Pak Him: Bomoh Kayap

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 12/23/2008 11:42:00 AM

komen (1)

Filed Under:

..
Pak Him atau Ibrahim adalah tukang urut peribadi kawe. Setiap kali pulang ke Kelantan, kawe akan berurut sekali dua. Saja nak melegakan urat yang lama tersimpul. Sekarang ini atas alasan kesihatan yang semakin tua, mengurut tidak lagi menjadi keutamaannya kecuali mereka- mereka yang biasa diurutnya.

Selaku orang kampung dan menjalankan kerja-kerja kampung, orangnya bersahaja dan menjalani kehidupan yang mudah selaku petani.

Pak Him yang tinggal di Kampung Sering, Kota Bharu adalah cukup dikenali selaku bomoh kayap di kalangan masyarakat Kelantan yang mempunyai ilmu perubatan tradisional bagi mengubati semua jenis kayap. Ilmu tersebut dikatakan dipelajari semasa umur muda beliau daripada seorang penduduk di kampung yang sama.

Selain berusaha mengubati kayap, Pak Him juga dikunjungi oleh penduduk sekitar bagi mengubati sakit gigi yang teruk. Pak Him boleh dihubungi melalui nombor telefon : 09-7768019

PUSH-POCKET IN KUALA LUMPUR

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 12/23/2008 11:36:00 AM

komen (0)

Filed Under:

Ini diperolehi daripada email seorang peguam. Sama-sama kita kongsi maklumat ini.

PUSH-POCKET IN KUALA LUMPUR

I am sure you all have heard of 'pick pocket'.
A new trend
'push pocket'.
Read on.. for your own good


A few days ago a new type of crime has surfaced in town.
It goes something like this:-

Somebody slips a hand-phone into your pocket,
sometimes it could be just a wallet with
an identity card and a few ringgit.

A few minutes later, the 'owner' comes up
and confronts you, the 'thief '.
He makes a big commotion that you stole his stuff.

You, caught unaware, are then pulled aside by the
'owner' for a settlement. You are intimidated and threatened
that if you do not pay up the police will be brought in.
If you pay up, this 'owner' lets you go.
If not, the police are brought in.

Another strange thing is that there always seems
to be a 'witness' to your 'theft'.

I am told this often happens to foreigners at
the Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
or even at LRT trains.
Given that you're 'guilty until proven innocent'
as far as t he Malaysian police are concerned,
I understand some poor people are in jail for
these 'offences'.

At the KLIA, the 'owner' throws his hand-phone and
wallet with the few ringgit notes into the luggage
trolley of a just arrived passenger.
The drama unfolds a few minutes later.
The real culprit has easily convinced our Malaysian police
to arrest the real victim (if he has not paid up the 'settlement' demand).
This is a very serious matter.


This is another form of extortionists operating in broad daylight.
They are disgusting criminals who will do anything
to rob and steal. The sickening part of the whole
scenario is that unless you pay the 'quoted settlement' money,
they will put you in real trouble by calling the police.

The real culprit gets back his hand-phone
and wallet but the real victim ( i.e. could be any one of us)
is thrown into the police lock up and charged in court.


So do be very careful,
otherwise you may end up as a 'thief'
as you have no way to prove your innocence.

Pass it on.....

let more people be aware
of such things around them.


Cop's wife charged with murdering him

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 12/22/2008 12:04:00 PM

komen (2)

Filed Under:

By MAZNI MUSTAFA

IPOH: The wife of slain Special Branch Corporal and her male friend were charged at the Magistrate's court here with murdering the policeman two weeks ago.

Housewife Norsahili Ahmad, 34, and Muhamad Nizam Mohd Idrus, 32, were jointly charged with killing Kpl Abdul Rahman Sungib between 1am and 5.30am on May 31.

The offence was said to have taken place at the policeman's house at No 19, Hala Chepor, Taman Chepor Raya in Chemor, near here.

No plea was recorded from both accused.

The two, who were unrepresented, were charged under Section 302 of the Penal Code, which was read together under Section 304 of the same Act.

Deputy Public Prosecutor Muhamad Anas Mahadzir asked for two months' postponement pending the completion of a chemist report.

Magistrate Radzilawatee Abdul Rahman fixed Aug 17 for the case to be re-mentioned.

Nota: Kes ini kini telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh bagi Pembicaraan. Kedua-dua Orang kena Tuduh di reman di Penjara XX

This is my Card!

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 12/19/2008 11:21:00 AM

komen (3)

Filed Under:


Kalau 2008 mengambil tema hitam putih, tahun 2009 pula kawe telah buat kad warna warni. Mengambarkan hidup yang harmoni dalam kesibukan yang amat

Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 12/19/2008 11:16:00 AM

komen (1)

Filed Under: ,

Oleh edika_isk

"Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang- binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim).

Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutanelektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh
Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.

Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan,
menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan."

Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku!

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 12/19/2008 11:01:00 AM

komen (0)

Filed Under: ,

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya."

Masyaallah!alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie..adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya...

Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia. tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi hehehee...

Wujudkah Ilmu Perubatan Islam Secara Khusus?

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 12/14/2008 10:34:00 PM

komen (0)

Filed Under:

Dalam kemodenan ini, perubatan Islam mula mendapat tempat di masyakarat Islam di Malaysia. Bila sebut Islam sahaja semua suka. Cetthiar Islam pun dah mula operasi di selatan tanah air. Bank Islam Berhad pun tergugat dek semua bank kerana semua nak buat perbankan Islam dan produk kewangan Islam sendiri. Malah beberapa bank sanggup meleraikan operasi kewangan mereka kepada konvensional dan Islam bagi menampakkan lagi ke-Islam-an dan keikhlasan mereka. Tetapi Islamkah dia?

Kawe pun pernah terlibat dalam beberapa guru yang dikatakan atau diwatakkan oleh masyarakat sekitar kita bahawa ini dan itu adalah Perubatan Islam atau rawatan Islam. Maka istilah itu turut digunapakai oleh kawe sendiri dalam memperkenalkan mereka selaku perawat Islam dalam erti kata lain mereka yang mengamalkan rawatan Islam.

Apa itu rawatan Islam?

Bila perkataan “Rawatan Islam” ini berkembang, kawe pernah suarakan mengenai perkataan tersebut kepada salah seorang guru kawe dalam bentuk soalan yang agak biasa tetapi bila difikirkan balik, kawe kena minta maaf juga. Mana tidaknya bila kawe menyoal “adakah cara perubatan yang diamalkan ini adalah perubatan Islam?”.. Alhamdullilah, selepas soalan tersebut diajukan, kawe masih hidup dalam keadaan “sane and sound”.

Namun yang menarik untuk dikongsikan ialah jawapan guru kawe. Dia menjawab “Ada wujud ke perubatan Islam?”

Pertama kali kawe dengar jawapan tersebut, kawe terkejut juga seolah-olah penafian terhadap bentuk perubatan Islam tetapi selepas diamati jawapan tersebut dan beberapa pesanan daripada beberapa ustaz, sememangnya kawe bersetuju dengan jawapan guru saya itu.

Ramai yang mencanangkan bahawa amalan perubatan mereka adalah amalan perubatan Islam mahupun berbentuk rawatan Islam namun bagi kawe sememangnya perubatan Islam tidak pernah wujud sama sekali.

Disunnahkan berbekam selaku amalan kesihatan oleh Rasullulah SAW setelah berlakunya peristiwa Isra' Mikhraj. Selain daripada itu, disunnahkan berubat dengan ayat-ayat Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan kelebihan, khasiat dan khafiatnya melalui hadis-hadis yang jelas oleh Rasullullah SAW seperti kelebihan al Fatihah selaku ibu penawar segala penyakit kecuali tua dan di dalam hadis lain disebut ibu penawar segala penyakit kecuali mati dan beberapa kelebihan ayat lain.

Selain daripada berbekam dan menggunakan ayat al Quran selaku ikhtiar penyembuhan, Kita juga diajarkan dengan jelas melalui hadis-hadis Junjungan Besar Rasullulah SAW mengenai beberapa doa-doa khas yang digunapakaikan bagi penyakit-penyakit tertentu.

Variasi penyembuhan Rasullullah SAW ditambahkan lagi dengan jampi-jampi yang diajarkan oleh Baginda sebagaimana yang diajarkan Baginda oleh Jibril.

Merujuk kepada dasar perubatan di atas maka adakah logik dan benar jika kita katakan perubatan bahawa yang menggunakan kaedah lain selain di atas maka adalah bukan perubatan Islam?

Bagaimana pula dengan penggunaan herba, peralatan moden dan apa jua perubatan yang hasil daripada kajian yang mendalam?

Bagi kawe Perubatan Islam ialah perubatan yang tidak melanggari syariat Islam sebagaimana yang digariskan dalam Islam dengan menggunakan kaedah tertentu selaku ikhtiar dan iktikad penyembuhan terus kepada Allah SWT dengan tidak menggunakan apa jua kaedah yang mengelirukan mahupun mensyirikkan Allah SWT ataupun menggunakan bahan yang haram hukumnya.

Seperti hari ini, kebanyakan pengguna perkataan Rawatan Islam adalah mereka yang bergantungan ke atas penggunaan himpunan ayat-ayat al Quran lazim sebagaimana amalan Rasullullah SAW sahaja (boleh dilihat di dalam himpunan al Manzil, al Mathurat mahupun ayat 33). Manakala terdapat juga beberapa cabang rawatan Islam yang menggunakan herba dan item yang lain secara jelas termasuk amalan ulama' yang lama seperti Darussyifa'.

Pendek kata, apapun cabang ilmu rawatan Islam itu ia adalah berasaskan dua perkara penting: Kaedah yang tidak melanggari syara'; dan Tidak menggunakan bahan atau item yang haram hukumnya.

Maksudnya, Islam itu sendiri tidak pernah menetapkan apa itu rawatan Islam selain menggariskan sejauh mana boleh atau tidak penggunaannya dalam mengubati penyakit. Konklusinya Islam hanya menetapkan garis panduan sahaja dan sebarang yang tidak bersalahan dengan hukum Islam maka kaedah perubatan itu adalah perubatan yang dibenarkan oleh Islam. Ini termasuk kaedah perubatan moden.

Mungkin kita tidak perasan bahawa Islam itu syumul dan mana mungkin agama yang bersikap syumul itu akan menetapkan suatu penetapan yang jelas kecuali garis panduan sahaja.

Ini boleh dilihat dalam pemakaian kita. Islam tidak menghalang apa jua pakaian yang dikenakan kecuali garis panduannya adalah aurat. Maka apa itu aurat dan ciri-cirinya adalah suatu yang jelas. Kecuali penambahan pemakaian lain yang dipahalakan atas sebab sunnah sahaja. Tapi pahala jugak!

Apa pula pandangan anda?


Tokoh Perubatan Tradisional

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 12/14/2008 10:24:00 PM

komen (0)

Filed Under: ,

Kawe tertarik mengenai misi dan minat Azlan Ghanie selaku pengasas Majalah Seni Beladiri menemui dan berjumpa dengan tokoh-tokoh guru silat seluruh Malaysia sekaligus mempekenalkan mereka di mata masyarakat Melayu sendiri bahawa terdapatnya guru-guru yang berbisa di ceruk-ceruk kampung yang semakin dilupai walaupun jasa mereka dalam mendisiplinkan anak kampung memberikan impak yang besar kepada masyarakat melayu.

Kawe juga ada berbuat sedemikian dahulu tetapi tidaklah seaktif Azlan Ghanie sebab bukan kerja kawe nak terjah gelanggang orang setiap masa. Kawe masa tahun 90an, semua gelanggang silat pulut dan tomoi kawe masuk. Nak belajar rasa malas, masuk je la berbual buat kawan.

Sempena tahun baru yang bakal menjelma ini, kawe pun rasa nak buat sesuatu dalam memperkenalkan orang-orang tua di ceruk kampung terutama yang berkemahiran dalam bidang perubatan tradisional. Bila disebut orang tua diceruk kampung, bukan bermaksud akan tertumpu pada orang tua yang tidak dikenali sahaja tetapi kesemua pengamal perubatan tradisional yang kawe kenali dan pernah dekati dalam pelbagai ilmu perubatan mereka dalam usaha membantu masyarakat melayu dalam usaha penyembuhan penyakit.

Dalam mendekati mereka, kawe mendefinisikan dua perkara iaitu perubatan yang digunakan adalah suatu kaedah yang logik dan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Manakala satu kaedah lagi jelas bertentangan dengan syariat Islam ataupun tidak bertentangan tetapi menimbulkan keraguan di dalam amalan perubatan mereka. Kedua-duanya mungkin saya muatkan tetapi cadangan kepada alamat dan nombor telefon hanya akan diberikan kepada kaedah yang tidak melanggari apa jua syariat Islam mahupun perubatan yang meragukan. Bukan apa, malas nak menumpang dosa kalau salah di sudut syariat Islam.

Orang juga akan bertanya kalau kawe dah meraguinya dan rasa (pada soal pandangan peribadi) adalah amalan tersebut meragukan dan salah disudut syariat, kenapa nak pamerkan juga di sini. Jawapan kawe senang, Lu pikir lah sendiri!

Selain daripada memperkenalkan tokoh-tokoh tersebut, beberapa amalan dan kaedah perubatan yang molek untuk dikongsi mungkin akan diblogkan oleh kawe kelak. Amalan yang dimaksudkan adalah amalan yang ringkas di dalam perjalanan kehidupan seharian sahaja.

Nota: Dengan mempamerkan di sini, mungkin kita sesama boleh memikirkan kaedah yang betul mahupun salah dan mengambil iktibar dan memilih kaedah perubatan yang lebih baik apabila ada pilihan yang lebih baik


Enam Pegawai Kanan TKM1 Pulau Pinang berhenti kerja

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 12/05/2008 12:29:00 PM

komen (4)

Filed Under: ,

Keenam-enam mereka termasuk setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.

Mohammad Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

Seorang pegawainya malah meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohammad Fairus menangkis tuduhan-tuduhan terhadap beliau serta mendakwa tiada masalah dengan pentadbiran Pulau Pinang dan pentadbirannya.

Sebelum ini, beliau turut menimbulkan beberapa kontroversi dan pelbagai tohmahan daripada pelbagai pihak dan terdapatnya segolongan besar yang dikatakan anti dan cemburu dengan beliau.

Nota: Biar dia komen la.. Manusia berubah. Kita perlu berubah

Selamat Menyambut IdilAdha Kepada Semua Rakan Pengunjung

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 12/04/2008 12:59:00 PM

komen (0)

Filed Under:


Kawe sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Idil Adha yang bakal menjelma pada minggu hadapan . Ucapan diawalkan memandangkan kebanyakan anda akan pulang beraya di kampung kerana cuti sekolah dan akan bercuti lama sedikit atas beberapa cuti tambahan terutamanya yang bekerja di Negeri Selangor ini.

Main Air

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 12/03/2008 05:35:00 PM

komen (1)

Filed Under:

The Carnivall, Sungai Petani

Abang Kawe call, katanya kalu ada kes di Penang hari isnin tu mari la awal sikit singgah rumah dia di Grik. Kawe pun OK setelah nampak org rumah aku pulak lebih-lebih. Dah boleh agak dah, mesti ada plan tersembunyi ni antara dia dan kakak ipar kawe.

Sampai je sana pagi Sabtu, Abang dan akak serta tenteranya daripada Sabah dah ada kat sana. Kawe baru dengkur 2-3 kali, diajaknya ke Tambun. Katanya "Jom main air, bebudak dah melalak nak main air"

Macam la kawe ada anak besar. Yang 7 bulan tu bukan reti jalan pun... main air jauh sekali.

Tapi tukar plan ke Sungai Petani, The Carnival. Mula-mula rakyat (anak buah) kawe yang gila main air, tapi lepas 40 minit dok layan depa, Pak Teh (kawe la tu) pulak yang gian semacam. Keluar jam 6.00 petang

Petang tu abang sorang lagi tepon cakap On the way ke Sg Petani dengan isteri serta anak-anaknya. Maka bermalam la kami di Sungai Petani. nasib baik hotelnya murah. Tapi WIFI dia sengal sikit. Cuba buka web kawe, dikatanya dah kena hack.

Bagi melayan anak buah yang baru sampai dari Kota Bharu tu, pepagi esoknya aku ikut pulak depa ke Bukit Merah Lake Resort. Kali ini tak tunggu 40 minit. 4 minit awal, aku dah terjun dengan pelampung. Akibatnya, sampai hari ini aku Demam!

Anak kawe pun demam sebab dia main sama kawe di Bukit Merah Lake Town Resort. Nanti kawe tuliskan mengenai 2 tempat main air tu sebab banyak bezanya. Nanti korang boleh pilih mana nak try dulu.