Protokol Ke-10 Yahudi kepada Kita. Kalau Terkena, Minta Tukar!

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/31/2009 10:42:00 AM

komen (0)

Filed Under: ,


Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara:

1.. Song (Lagu-Lagu)

Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap. Tetapi boleh menghafal lagu Indonesia yang panjang berjela. Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah. Tapi boleh mengingati lagu Elyana yang panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Yahudi... .Hingga kita terfikir, bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. Seks
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Seks dimana-mana di kaca tv, dalam filem, dalam iklan, babak sex amat lumrah. Kekadang adegan Seks tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan seks. Filem 18SX amat laris berbanding filem bertanda U. VCD lucah akan amat mudah didapati. Memang dah fakta pun! dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan seks? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.

3. Smoke (Rokok)
Menjadi kegilaan para remaja, sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mahu di gelar "up to date". Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret kalau diikutkan [ada filem P. Ramlee. Ulama semua kata rokok itu haram, fatwa pun kata haram. Tapi haram kalau kita nak berhenti. Syabas yahudi... berjaya lagi kamu!

4. Sport (Sukan)
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss. Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga.Kalau menonton dirumah akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL. Yahudi gol lagi. sampai ada ulamak Malaysia kata kerana sukan sembahyang boleh tangguh. MashaAllah, kan elok kalau bersukan tapi jangan diikutkan kehendak Yahudi.

5. Fun (Hiburan)
Dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan. .Kalau kita lihat dalam 100 majalah, mungkin 99 adalah majalah hiburan, termasuklah majalah mangga yang menayangkan buah mangga artis perempuan. Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert, pelbagai maksiat akan diselit masuk. Yahudi terhibur lagi.

6. Female (Wanita)
Tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan, terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan. Kalau kita ke kedai bateri kereta, di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?Kalau iklan Modess dan Bra, perempuan adalah patutnya. Yahudi bersorak lagi.

7. Fashion (Cara Berpakaian)
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Itu tak kira yang ramai sekarang berbaju tetapi buah dada terkeluar dan pusat nampak. Seluar dipakai tetapi nampak jelas lurah punggungnya. Kekadang nampak terus punggungnya. Lurah kemaluannya juga jelas disebabkan betapa ketatnya seluar mereka. Rambut masing-masing dicacakkan, sedangkan mereka sendiri tidak tahu kenapa dicacakkan. Bila warnakan rambut mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu. Kalau dah rambut di warnakan sembahyang pun tak sah malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air itu tak kira yang cukur bulu kening lagi. Yahudi ketawa lagi. Umat islam sudah jadi macam Yahudi.

8. Food (Makanan)
Satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD, Kentucky, Pizza Hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina dan kekampungan. Kurma masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan tetapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat adakah kita yakin tentang halalnya sumber mereka daripada segi masuk dan keluar? Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi tetapi berfikiran pun macam yahudi. Nauzubillah. Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10... ... yang lain-lain entah macam-macam lagi... .


Nota: Saya sahaja letak gambar kematian budak itu supaya hati kita boleh tetapkan "siapa yahudi". Itu baru serangan fizikal mereka.

Sukar Untuk Melafazkan "Terima Kasih"?

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/30/2009 10:20:00 AM

komen (0)

Filed Under: ,

Erm... Ok... itu antara jawapan mahupun ayat ringkas apabila menerima sesuatu. Sememangnya negara kita masih lagi mesra dan berbudaya dengan masih mengucapkan 'terima kasih' apabila menerima sesuatu, tertakluk kepada penerimaan tersebut adalah sebagai hadiah.

Tak disebut 'terima kasih' kan lain kali tak diberi lagi hadiah buat kita. Maka sebagai penghargaan, maka dengan penuh ringan lidah perkataan "terima kasih" itu dikeluarkan.

Tetapi bagaimana dengan pemberian seperti pelayan menghulurkan makanan?

Isteri menghulurkan sesuatu?

Anak memaklumkan anda sesuatu?

Pekerja tol bagi tiket?

Cashier bagi duit baki?... dan banyak lagi situasi yang kita semua jarang 'akad' kan.

Persoalannya; adakah berat sangat lidah ini untuk memberikan satu penghargaan kepada mereka dalam bentuk yang paling mudah dan ringkas dalam dua perkataan, "terima kasih". Orang Kelantan kata; "Kecek tok tubik modal, tok rugi pong"

Apa yang menariknya, dua perkataan itu mungkin akan lebih memberikan kesan yang amat besar kepada kita semua. Mungkin ia lebih memberikan ketenangan kepada jiwa kita. Perasaan yang lega dengan ucapan itu yang sememangnya wajib disulami dengan senyuman. Pahala atas senyuman lagi. Pahala lagi.....

Selain daripada itu, dengan dua perkataan ini hubungan antara dua pihak akan lebih akrab dan mesra. Antara suami dan isteri. Ibubapa dan anak. Pelanggan dan tokey.

Semua orang tahu tetapi mungkin tidak perasan bahawa kebanyakan dua perkataan ini membuatkan kita lebih senang berurusan dengan pihak tertentu. Ini kerana kita menghargai dan dihargai.

Itu sememangnya sifat manusia yang ingin dipuji dan diberikan penghargaan. Kenapa kita ingin melawan arus fitrah manusia sedangkan Rasullullah SAW juga melaksanakan perkara yang sama.

Tapi memuji atau penghargaan atas alasan mengecek atau niat menekel tidak termasuk di dalam perbincangan kita tadi. Sendiri mahu ingat!

Feed Kawe tidak Menjadi?

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/28/2009 04:59:00 PM

komen (0)

Filed Under:

Tensen betul tengok beberapa link ke blog ini di laman blog kawan-kawan masih ditakat lama. Hairannya ia berhenti setakat artikel mengenai Yoga Haram. Entah kenapa?..

Nampak macam tak dikemaskini walaupun kawe kini rajin luarbiasa mengemaskini blog walaupun sekali dua dalam seminggu. Ada orang boleh membantu?

Peguam Negara: Kematian Kugan Adalah Kes Bunuh

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/23/2009 07:46:00 PM

komen (0)

Filed Under: ,

Hari ini Peguam Negara bersuara setelah desakan dan isu kontroversi ini semakin melalak di bibir rakyat Malaysia. Antaranya, Peguam Negara menyatakan bahawa isu kematian tersebut adalah isu kes bunuh dan telah mengarahkan siasatan dibuat oleh pihak polis terhadap mereka yang terlibat dan kemungkinan besar kes ini akan dibawa ke mahkamah minggu hadapan.

Kalau betul minggu hadapan bawa ke Mahkamah untuk Pendakwaan, maka aku rasanya kali ini efisien betul kerja pihak polis kerana kebanyakan kes sebegini akan memohon reman maksima selama 15 hari.

Bagi aku, Kugan pun bukanlah dikatakan orang baik dan katanya banyak bukti dan siasatan menunjukkan dia terlibat dalam jenayah di Malaysia, tetapi selaku manusia harap boleh lebih bertimbang rasa dan setiap perkara ada jalannya. Firman Allah SWT: "Setiap kepayahan ada kesenangannya"

Hudud: Hukum yang paling rasional & praktikal

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/23/2009 02:30:00 PM

komen (0)

Filed Under: ,

Hudud: Peraturan Allah yang mutlak

Adaptasi daripada buku as-Syahid Sayyid Al-Qutb

Hanya Allah sahaja berhak menunjukkan sistem dan peraturan bagi kehidupan manusia. Oleh itu manusia seharusnya mengimplikasikan sistem ini ke dalam dunia realiti. Jika diteliti, sistem ini sebenarnya menjaga dan memelihara sifat kemuliaan insan dengan memberikan kemerdekaan serta mengelak manusia daripada diperkotak-katikkan oleh taraf kehidupan. Kemerdekaan bermaksud menjauhkan manusia daripada menjadi hamba hawa nafsu, kelemahan jiwa, ketamakan dan ketidakadilan yang seterusnya akan membawa kepada kemenangan dalam erti kata sebenarnya iaitu ketaatan dan kepatuhan kepada agama.

Sesungguhnya sistem Allah adalah sesuai sepanjang zaman dan universal berbanding sistem yang dicipta oleh manusia yang terbatas daripada segi akal dan pemikiran. Ketiadaan tujuan hidup hanya akan membawa kepada kesengsaraan, ketakutan dan kegelisahan di mana mereka menjadikan wang, kelazatan dunia sebagai Tuhan. Ini jelas menunjukkan kebanyakan manusia sekarang menjadi hamba kepada dunia materialistik bukan lagi kepada Tuhan yang Maha Esa di mana itu bukanlah erti ketamadunan yang sebenar bahkan mereka benar-benar telah kembali ke era jahiliyah di zaman moden. Ketamadunan bukan hanya diukur melalui materialistik dan kemodenan semata-mata tetapi ia juga perlu diselitkan dengan kebersihan hati nurani dan nilai-nilai spiritual.

Orang yang menentang syariat Islam adalah sebenarnya orang yang merasakan bahawa peraturan tersebut akan mengikat dan membelenggu manusia daripada mengikuti hawa nafsunya walhal pada hakikatnya di sebalik kekangannya ada terselit kebebasan. Sebagai contoh, perbuatan zina adalah haram untuk membebaskan manusia daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu dan mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri adalah untuk membebaskan manusia daripada sikap kedekut dan tamak. Namun tanpa disedari oleh manusia, dosa dan kejahatan yang sebenarnya merupakan belenggu yang mengikat jiwa manusia dan menjadi beban serta menjerumus manusia ke dalam lembah kesesatan.

Kita menjadi hina kerana mengikut sistem ciptaan manusia yang sentiasa terburu-buru untuk melihat hasilnya dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah apabila munculnya sistem atau peraturan manusia yang baru akan muncul pula masalah baru. Kesimpulanya, sistem Islam yang diwahyukan Allah kepada rasul-rasulnya adalah sistem yang paling efektif kerana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Nota: TG Dato' Nik Abdul Aziz (gambar) merupakan pemimpin tunggal di Malaysia yang berani membawa draf undang-undang hudud ke Dewan Negerinya dalam masa pentadbirannya sebagai Menteri Besar Kelantan. Percaya atau tidak, Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai perundangan Islam tetapi sayang tidak dapat dilaksanakan ekoran masalah perlembagaan yang masih di bawah kuasa kerajaan pusat.

Amit Amit Jabhang Bayik

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/22/2009 08:23:00 PM

komen (1)

Filed Under: , ,

Bela lembu sekandang lagi untung dari susah bela anak, besar menyusahkan orang tua!

Dah baca surat khabar tentang cerita yang mana seorang bapa terpaksa saman anak di Mahkamah Syariah dan semalam ditetapkan bagi pemeriksaan kelayakan membayar saraan bulanan kepada Ibu bapa mereka?

Gitu sekali untuk dapatkan saraan bulanan. Pandangan aku dalam kes ini, bukan Ibubapa lapar duit diorang tetapi dari sudut untuk mendidik anak mereka sahaja. Selebihnya mungkin dendam dah mula timbul pada anak sendiri.

Aku sendiri pun rasa sedih bila anak dibesarkan dan dikahwinkan lepas tu ditukarkan nama rumah kepada anak menantu. Punya lah sayang ibubapanya pada anak dan menantu. Tetapi bila dijanjikan tinggal di situ, mereka pula dihalau dan dibiarkan hidup merempat tanpa belaan. Satu lagi rumah sendiri diberi anak, lepas tu kena bayar sewa pulak rumah yang lain tu.

Patutlah tanggang disumpah jadi batu. Tapi ibu bapa nak sumpah anak mereka jadi bankrap kot.
Dalam perdengaran mengenai perbelanjaan, si anak yang kerja sebagai pensyarah bergaji asas RM4,400 sebulan mengatakan gaji tersebut tidak cukup menampung perbelanjaan bulanan walaupun terpaksa di tampung oleh gaji suaminya. Siapa tanggung siapa ni?

Aku dapat perkataan jawa daripada satu laman blog "Amit amit Jabhang Bayik" apa itu? hehehhehe

Pertahankan Pendirian Pada Sunnah

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/22/2009 08:07:00 PM

komen (0)

Filed Under: , ,

Aku amat tercabar apabila budak pondok baru-baru ini sanggup tidur 2 malam dalam penjara semata-mata enggan membayar RM90 sebagai denda tidak memakai topi keledar sebaliknya memakai serban yang menjadi asas seragam dan pakaian pelajar pondok.

Ada orang kata sinis di Kuala Lumpur bahawa mungkin budak itu tiada duit untuk membayar denda. Ada polis yang boleh bayarkan untuknya. Ada lebih ratusan pelajar pondok yang menunggu di luar Mahkamah bagi mendengar keputusan. Kalau RM1 seorang. Bukan bayar denda, boleh siap boleh makan Ayam Percik Yati lagi. Itu tak campur dengan ahli politik dan lain-lain orang yang hadir memberi sokongan.

Aku tercabar apabila kita yang tua bangka ni pun nak lekat kopiah sebagai sunnah yang paling kecil pun jarang sangat nak dibuat. Malu lah kononnya. Salam jauh sekali pada yang tidak dikenali. Benda remeh tetapi bila tidak diamalkan maka ia dilihat sebagai benda besar dan memberi kesan negatif kepada perkembangan Islam yang sebenar. Malah bila buat nampak pelik pulak sedangkan itu yang sepatutnya. Cubalah bagi salam, kalau yang faham Islam baguslah.. silap hari depa kata awak tu gila bagi salam kat orang tak kenal.

Orang PAS macam Husam Musa yang dok canang nama sendiri di merata board kat Kelantan pun tak lekat kopiah. Selain dia ada lagi orang PAS lain, depa pun tak malu dengan TG Nik Aziz yang dok kerusi paling besar di Kelantan dan berjaya mentadbir Kelantan dengan baik pun pakai kopiah dan serban. Lepas ni kalau orang segan nak amalkan satu sunnah Rasullullah SAW sekali pun benda kecil, tak tahu la nak kata. Kata-kata ni aku bagi kat aku dulu... Esok gi sembahyang jemaah nyer! kopiah mana! Kopiah! Mana?




Kematian Kugan Naik Parlimen?

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/22/2009 07:59:00 PM

komen (0)

Filed Under: ,

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Kuala Lumpur, 22hb Januari 2009.

Insiden kematian seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan sangat mengejutkan. Kematian Kugan Ananthan 22 tahun mengingatkan kita kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak polis. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan.

Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya.

Saya selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, komited untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat kelak. Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Kematian Kugan: Nama Baik Polis Tercemar

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/22/2009 07:46:00 PM

komen (0)

Filed Under:

Kita dikejutkan lagi dengan kematian Kugan seorang tahanan reman polis di Balai Polis USJ 8 yang mana dikatakan mati di dalam tahanan. Pihak Polis Selangor melalui Ketua Polis, Datuk Khalid menyatakan bahawa kematian adalah disebabkan masalah pernafasan atau asma.

Bagaimanapun kesan lebam, lecur dan luka yang amat mengerikan itu menunjukkan bahawa pihak polis tidak pernah memberhentikan kaedah menyiksa tahanan mereka tanpa mementingkan keadilan. Tidak salah untuk mendapatkan maklumat tetapi melalui siksaan dan kekejaman melalui body contact adalah amat tidak bertamadun. Hari ini depa kena, esok lusa kita kena. Dendam takkan habis dan layanan sebegini akan terus melahirkan penjenayah tegar.

Kekadang masa tahanan sebegini, ada anggota polis mengambil mudah dan ini lah masa menunjuk jantan kepada tahanan yang bergari dan tidak berdaya. Malah ada yang terlibat adalah anggota yang tidak terlibat dengan kes tersebut dan amat sukaria untuk turut serta.

Polis tidak jahat malah kerja mereka adalah amat baik. Tetapi sebagaimana kerjaya lain, sekiranya iman tidak memandu hati dalam bekerja, maka ia bukanlah ibadah. Soal haram dan halal wang hasil kerja bukan kepakaran aku.

Sikap dan keganasan polis sebegini membuatkan rakyat semakin meluat dengan pihak polis malah memberikan kesan yang negatif kepada semua anggota polis walaupun masih ramai di luar sana anggota polis yang jujur dan amat baik tingkah lakunya. Yang masih mampu dilihat bersembahyang berjemaah dengan lengkap berseragam. Tetapi imej sebegini terus menerus melenyapkan identiti polis Malaysia yang mesra dan berhemah.

Gambar dan berita penuh boleh dirujuk di sini

Luahan anak Kecil Palestine

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/22/2009 02:39:00 PM

komen (0)

Filed Under:

Si kecil minta anda satu... naikkan bendera Palestine di negera mereka. Ada siapa berani?


Kes Bunuh Anggota Polis

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/16/2009 08:17:00 PM

komen (0)

Filed Under:

Ipoh: Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh semalam menetapkan tarikh perbicaraan bagi seorang peniaga wanita dan buruh lelaki yang dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat seorang anggota polis 2 tahun lalu akan ditetapkan pada November 2009 selama 4 hari.

Kes ini agak kontroversi ketika itu dan mendapat liputan meluas ekoran mangsa adalah seorang anggota polis Cawangan Khas yang mana juga suami kepada peniaga wanita tersebut.

Semasa ditanya oleh Yang Arif Hakim pihak pendakwaan masih tidak pasti berapa saksi yang bakal dipanggil kelak serta mengakujanji untuk menyerahkan kesemua dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah dalam masa terdekat kepada pihak pembelaan.

Pihak Pembelaan di wakili oleh Encik Hisham Nazir manakala pihak pendakwaan dijalankan oleh Puan Siti Fatimah

Apa kata hati anda?

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/08/2009 10:26:00 AM

komen (0)

Filed Under: ,

.
" Berikanlah kami kedamaian atau beri kami timah dengan belerang, biar kami tempa senjata kami sendiri, senjata berkalimah.."

Sebelum gambar tersebut dipaparkan di Berita Hairan 2 hari yang lepas, aku dah lihat gambar yang sama di internet malam sebelumnya. Sebak dan amat sayu hati kawe melihat raungan seorang lelaki yang bergelar bapa terhadap kematian 3 orang anak beliau tanpa sebab mahupun kudrat untuk melawan si yahudi. Tetapi insan yang tidak bersalah itu tetap pergi meninggalkan kita.

Si bapa hanya mampu meratap dan mendoakan agar kematian 3 anak itu akan digantikan dengan ribuan anak yang bercita-cita syahid di tangan yahudi daripada mati berselimutkan diri.

Seperti biasa, tengahari aku akan minum air kelapa kat abang Mior di depan pejabat aku. Terpandang Berita Hairan yang memaparkan gambar tersebut. Hati ini tiba-tiba hati ini lebih sebak dan sayu, air mata mula mengalir laju. Lebih emosi daripada malam semalamnya.

Abang Mior meletakkan kelapa dan air yang telah siap dalam kole di tepi aku sambil menepuk bahu aku. "aku paham!" dia katakan pada aku dan terus berlalu ke arah 2 ekor monyetnya. Aku cuma senyum ke arahnya tetapi masih tak faham kata-katanya.

Cuma aku sedar, air mataku gugur bukan kerana mereka seagamaku, tetapi sifat kebapaan meruntun hati aku apabila melihat bagaimana seorang bapa melihat kematian anak-anaknya terutama yang masih kecil. Keadaannya memilukan bila mulut terbuka. Mungkin ayat terakhirnya doa. Mungkin ayat terakhir anak kecil itu "Allahuakbar!". Biar manapun, sekecil itu seolah tidak mati tanpa berjuang. Doa dan laungan serta kematiannya akan terus hidup bagi peringatan kepada yang masih hidup, apa yang telah kita buat?

Sedar tak sedar setiap detik dan masa kita berjalan, kita terus menyokong produk yahudi dan terus dan tetap menyokong. Sampai bila?

Apa kata hati anda?

Jangan Bertangguh kepada Perkara Mahkamah

By shams bangi [014-99 33 SSG] on 1/07/2009 07:07:00 PM

komen (0)

Filed Under:

Malas sungguh rasanya nak kemaskinikan blog ini dengan cerita terkini. Malas satu hal.. nak kata tiada masa, masih ada ruang masa yang boleh diculaskan sebaik mungkin. Kalau benda lain boleh pulak. Itu sifat manusia. Yang mana sifatnya? Lu pikir la sendiri.

Apa yang menarik hati ingin dikongsikan dalam masa terdekat ini ialah berkenaan kes sivil yang datang menghadap baru-baru ini. Kes-kes tersebut melibatkan prosiding kebankrapan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Asalnya ia adalah satu saman biasa di buat di Mahkamah Sesyen Alam sekitar tahun 2001 berkenaan satu tuntutan daripada tahun 1992.

Kalau diikutkan cerita, saman tersebut adalah menuntut suatu yang palsu kerana kausa tindakan yang sebenarnya adalah tidak SAH. Macamana dikatakan tidak sah, kita cerita lain kali. Saya nak cepat ni. hehehe

Oleh kerana sikap orang kita suka buang kertas dan surat daripada peguam, tetiba minggu ini mereka semua menerima surat peguam yang menyatakan prosiding kebankrapan sudah di peringkat akhir. Maka menggelabahlah mereka semua dek kata-kata peguam tersebut.

Maka peguam maacam kawe akan mengalami masalah yang rumit dengan perlu gali balik masalah lama di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Anda tahu berapa kali dah Mahkamah Sesyen Shah Alam berpindah tempat?

Caj mahal dikatakan mahal... kerja last minute, rumit dan banyak. Susah-susah.