Sila hubungi Uncle Shams untuk makluman tempat sidang akhbar dibuat nanti. Sidang akhbar adalah berkaitan isu kederhakaan terhadap Raja-Raja Melayu yang kian menular kini. Shams Magazine melalui Pengarahnya, Shams akan mengambil inisiatif ini untuk membuat sidang akhbar khas mengenainya bagi suatu jalan penyelesaian tanpa memprejudis mana-mana partai politik dan individu tertentu.
Shams Magazine - Daulat Tuanku!
Bakpo ma (ibu) buat repot polisnyo, Shams yang kube (kacau) almari tu. Cari album lama!
Ibu/GirlfriendNampaknya ibu kena pantau anak-anak agar jangan ambil gambar secara pose erotic mahupun yang dikadar luar kebiasaan. Dalam masa yang sama, ibu kena pastikan bapa meletakkan telefon berkamera mereka jauh dari kamar tidur. Tampar sahaja bapa yang masih lagi memegang telefon berkamera pada masa yang tidak sesuai itu. Kalau dia tanya kenapa.. Cakap saja, betina mana awak dok sms tu...
Bapa/Boyfriend
Jangan dok menggatal nak ambil gambar sana sini kononnya kandid. Tontonan sendiri dan macam-macam alasan. Tak ingat dah cerita lama pasal pelakon sensasi? Datin Sensasi? Pramugara Kontroversi?
Sendiri
Jangan dok tayang body dan buntut kat bilik mandi mahupun cermin sisi dan snap gambar sendiri. Setakat nak periksa payudara, boleh tengok dan buat apa yang patut. Ambil gambar sana-sini, terlepas, menangis sampai repot polis. Kalau abang polis tanya ada stok lagi ke, nak buat bahan rujukan bukti. Takpun nak ekshibit kat Mahkamah atau fail polis. Ada yang mahu cuci kasi depa ka?
Saya dah check setakat 012.02.2009, tiada gambar sensasi yang mengaitkan saya dengan mana-mana aktiviti bogel termasuk mandi semenjak 1978 sehingga kini. Alhamdullilah, kamera masih mundur masa tu. Kalau ada orang nampak, saya boleh kata tiada supplementary evidence! Tak pun hearsay sahaja. Lepas tu saya kata lagi Objection!
Overrule!
- Saya adalah seorang panglima gagah berani;
- Saya adalah seorang yang amat tampan dan kacak bergaya sensasi;
- Saya adalah seorang pembela nasib masyarakat;
- Saya penentang mereka yang zalim;
- Saya adalah orang kaya, kerana ada Istana Raja;
- Saya adalah seorang penderhaka;
- Saya adalah seorang pencuri harta kerajaan;
- Saya adalah seorang Robin Hood melayu;
- Saya adalah seorang yang rendah diri, tidak mahu disanjungi;
- Saya adalah seorang yang sanggup menghadapi apa jua cabaran dan dugaan;
- Saya adalah seorang di sukai oleh masyarakat;
- Saya adalah seorang zuhud, tidak cinta pada nikmat dunia;
- Saya adalah seorang yang taat setia serta sayang kepada rakan karib;
- Saya seorang yang sesuai dibuat rakan;
- Saya adalah seorang menantu dan jejaka yang ideal buat semua gadis-gadis dan janda-jandu;
- Saya seorang yang mengenang jasa kerana membantu anak guruku mencari Tuah;
- Saya seorang yang tidak terburu-buru dalam membuat keputusan berbanding Sultan Melaka;
- Saya seorang yang rasional dan bijaksana;
- Banyak lagi... cuba teka!
Bagi saya, saya rasa saya adalah .................. seorang yang digambar semasa rakyat kata "Terima kasih Datuk!"
Sekarang saya adalah Datuk Shams Bangi. Cucu takde lagi. Takpe!
Yang menaikkan geram ialah, pihak peguam sana telah menangguhkan kes untuk membalas hujahan bertulis saya yang rasanya takde lah panjang sangat. Maka sehingga ke pagi tarikh Keputusan, tiada apa jua hujahan bertulis balasan diserahkan kepada saya.
Saya balik dari Mahkamah jam 10.45 pagi dan tiada surat menyurat lagi pada tersebut di peti surat saya. Tetiba jam 12.30 tengahari semasa nak keluar makan, nampak ada surat mereka berserta hujahan bertulis. Yang menariknya:
- Tarikh surat 06.02.2009;
- Dah Lepas tarikh Keputusan;
- Ditulis serahan tangan, tapi main letak dalam peti surat;
- Orang ada di pejabat, tiada pulak yang datang ketuk pintu;
- Biasanya bila tiada orang di pejabat, diorang telefon. Kenapa tidak kali ini?;
Saya hantar surat menyatakan hal sedemikian kepada mereka. Saya geram, tengoklah bos korang marah peguam ke, marah despacth.
Mana ada Melayu kristian. Mungkin digunakan bahasa Melayu kerana agar artikel mereka boleh dibaca semua orang. Propaganda Kristian kepada Melayu pula yang jelas!
Antara penulisnya adalah keropok lekor yang bunyi macam status Melayu sahaja rupanya. Keropok Lekor biasa merujuk juga kepada kawasan Pantai Timur, kalau tidak Kelantan maka Terengganu. Tetapi tidak tahu sejauh mana betul tidaknya. Manakala 2 penulis lagi kemungkina besar orang Sabah yang sememangnya Kristian dan seorang budak cina yang sememangnya Kristian.
Antara kekeliruan dalam artikel mereka yang berbahasa Melayu, ayat mereka lembut dan sederhana dalam dakyahnya. Kenapa perlu bahasa Melayu sedangkan para kristian ramai menguasai bahasa inggeris kerana bible dalam bahasa inggeris.
Malah demam perundangan penggunaan perkataan Allah yang merujuk kepada tuhan mereka juga berlaku. Sila bagi respon!
KLIK SINI
May day! May Day!
Adik, sini ada krimer tak? Krimer? Krim ker?... dia datang bawa krim kek.
Hah! Cuba awak tengok tajuk saya tu. Boleh jawab soalan saya tu?. Tak boleh jawab, tolong dok tepi. Sekarang ini di Perak Melayu dok gaduh pasal kerusi. Kerusi Menteri Besar itu dan ini. Nasib baik tiada istilah meja menteri besar. Kalau tidak mahu ramai lagi yang bakal berkumpul. Melayu jugak nyer! Tapi jangan kerana saya bercakap pasal itu, maka anda semua buat andaian bahawa saya menolak tindakan Pakatan Rakyat mahupun sebaliknya kepada Barisan Nasional. Saya suka tengok rakyat senang saja. Itu pasal Melayu di Perak buat masa ini.Kali ini kita mahu menyentuh soal pendidikan orang Melayu. Sejauh mana orang Melayu berpeluang dalam pendidikan dan mengambil bahagian dalam pendidikan. Orang yang bukan Melayu tiada peluang teruskan dalam saluran biasa, masih ada pilihan ke saluran luar biasa. Kolej la tu!
Bukan kerana depa kaya. Ramai yang toreh getah tampung anak belajar kolej lepas tu jadi lawyer. India mana taknak cerita la. Itu cerita yang sebaya saya. Yang dulu kala? Samy Vellu tak mahu sentuh. Dia sibuk dengan isu Perak. Mahu By-Erection lagi kat sana. (Jangan tegur saya punya English).
Ramai mana anak Melayu di luar sana yang tidak reti langsung nak membaca?. Kalau kementerian, mesti tahu angkanya. Tapi pernah jumpa mereka. Buang masa je jumpa mereka!. Cuba la jumpa mereka. Banyak anda boleh belajar. Bukan belajar daripada mereka tetapi belajar dari keadaan mereka seterusnya banyak kementerian boleh selesaikan masalah mereka ini. Bukan soal duit dan miskin saja. Bukan soal sekolah jauh saja. Itu semua boleh letak tepi, abah aku jalan kaki je ke sekolah berbatu-batu. tapi soal budaya dan sikap pendorong utama kepada kemunduran melayu.
Sebenarnya Melayu bukan mundur dari sudut yang tertentu. Malah Melayu mampu buktikan mereka hebat dan melebihi sesiapa sahaja. Bukan saya kata, tapi sejarah kata. Itu pun kalau sejarah dibaca betul-betul. Tarak tukar sejarah kan?
Melayu mundur kerana budayanya. Bukan lenggang tari dan kebaya ketat tetapi budaya merangkumi budaya hidup ke arah melahirkan pemikiran satu generasi ke generasi yang lain.
Satu kebiasaan, ramai di kampung anak remaja nak belajar setakat SPM saja. Secara tersirat, pelajaran setakat itu sahaja. Lepas itu boleh kerja dan dapat motor sendiri. Sebelum itu rempit pakai motor mak ayah. Bila dapat gaji da beli motor, eksyennya semacam. macam dunia ini dia yang punya. Makwe di bonceng. Pantang bunyi ekzos lain, semua nak bagi asap. Pernah budaya ini kita ubah?
Mungkin mak ayah di kampung sana tak nampak benda ini sangat. Buta ke apa? atau hanya turut kata anak-anak? Anak-anak pula turut pangkat abang-abang. Abang-abang ni hanya tahu begitu sahaja. Kan itu dah precedents nya. Orang yang nampak tak banyak tunjukkan contoh yang baik. Malah takde yang mempamerkan contoh atau satu jalan pilihan kepada kejayaan kepada mereka.
Kepada anak-anak muda universiti yang banyak masuk kampung buat program tu, saya ucapkan syabas kerana dulu saya pun begitu juga. Suka. Bukan suka masuk kampung jenguh anak dara manis orang, tapi amat bangga kalau kehadiran anda semua mampu masyarakat berkata dan meneruskan kata kepada anak-anak mereka
"Tengok si pulan yang tu, belajar tinggi kat Universiti tu, tubik esok-esok boleh gaji 3-4 ribu laluh"
Kalau masyarakat sudah mendapat idea untuk satu pilihan baru, maka norma dan budaya pendidikan yang biasa terterap dalam fikiran mereka iaitu belajar setakat lulus mungkin akan luput sedikit demi sedikit.
Orang besar-besar pun malas nak turun padang. Ini pun satu masalah besar bagi masyarakat kita. Kalau wakil rakyat cina (kebanyakan), dengar saja ada kekurangan, terus turun. Tak suruh pun dia mai intai.
Wakil rakyat PAS sekitar awal tahun 1990an juga begitu, kekadang pagi minggu banyak habis di majlis ilmu bersama rakyat dan petang bersama rakyat di kawasan tertentu termasuk kedai kopi tanpa dijemput dengan surat berjela ataupun hanya masa ada program. Sekarang?
Orang besar-besar segan nak turun. Mercedes nak turun basikal hanya berlaku masa musim pilihanraya. Rakyat kalau jumpa wakil atau pemimpin cium tangan cium pipi. Malah ada siap naik pentas bagi bunga (takde kaitan dengan sesiapa). Sayangnya dan sukanya rakyat kepada pemimpin yang mahu turun ke tempat mereka. Tapi berapa kali turunnya.
Turunlah acap sikit semoga dengan kehadiran pemimpin-pemimpin besar semua peringkat, maka mata mereka pun terbuka besar. Kata-kata kami amat berbeza dengan kata-kata kamu. Ubahlah mereka. Berilah sokongan kepada program kecil yang boleh merubah mereka seperti program disiplin seperti silat, kemasyarakatan seperti amal, gotong-royong dan macam-macam yang boleh dibuat. InsyaAllah, 20 tahun akan berlaku perubahan besar.
Berbanding budaya pemikiran dengan masyarakat cina, saya berpandangan kita terlewat dalam 50-60 tahun terkebelakang. Ambil langkah mudah bagi mendekatkan jarak itu.
Gambar terbaru ni saya cilok kat kickdefella. Hasil gambar beliau mengenai Kelantan amat saya suka tengok. Hasil penulisan mengenai Husam Musa, buat saya makin menyampah kepada exco pimpinan muda PAS di Kelantan.Saja saya letakkan gambar terbaru ini kerana sebelah kiri atas blog ini dah ada gambar Tuan Guru. Saya letak gambar Tuan Guru bukan kerana saya fanatik PAS atau ahli PAS tetapi kerana kepimpinan beliau di Kelantan amat sukar dicabar.
Dari sudut kebijaksana dan keintelektual beliau bukanlah suatu yang boleh dibanggakan kerana diikutkan fitrah, saya lebih layak rasanya.
Cuma pelaksanaannya beliau dalam kepimpinan adalah berdasarkan Islam yang benar. Maka segala keintelektual dan rasional dalam kepimpinannya sukar ditandingi. Beliau meletakkan Islam di tempat yang tertinggi yang memandu kesemua perkara di dalam kepimpinan beliau dan cara hidup beliau. Maka lahirlah wajah Islam melalui kesemua aspek di Kelantan.
Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengerja 10 perkara .
1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan yang sia-sia dan berpada-pada dengan rezeki yang ada .
2.HAK KEPADA MAUT
Mengqhadakan kewajipan yang tertinggal, mendapat kemaafan dari orang yang pernah kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta pada Allah.
3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan sembahyang tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. HAK KEPADA MUNGKAR & NAKIR
Tidak berdusta, bercakap benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati .
5. HAK KEPADA MIZAN
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
6.HAK KEPADA SIRAT
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah .
7. HAK KEPADA MALIK
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu-bapa, bersedekah dan memperelokkan akhlak .
8. HAK KEPADA RIDHWAN
Berasa redha dengan qadha' dan qadar Allah, bersabar menerima bala, bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. HAK KEPADA NABI S.A.W
Berselawat ke atas Baginda, berpegang kepada syariat, bergantung pada Hadis, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari keredhaan Allah.
10. HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mengcegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Rasulullah berpesan kepada Aisyah RA :-
“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : -
1. Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami Semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah“
p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Amalan ini antara amalan biasa termasuk bagi saya. Urutan ini dicilok daripada mamafana
Sila bagi laluan untuk iklan ini.
Selain daripada kursus, pihak KSSG juga mengadakan rawatan bekam sunnah secara tetap di No.17-3, Jalan Bandar 16, Bandar Pusat Puchong, 47100 Puchong Selangor. Bagaimanapun, anda digalakkan menghubungi 014-5051961 / 03-5882 5397 bagi mendapatkan appointment bagi mengelakkan pertembungan atau menunggu lama.
Pemilik kedai, Mohammad bin Abdullah bagaimanapun mengaku bersalah ke atas kesemua pertuduhan dan didenda sebanyak RM1,000.00 sekiranya gagal, 5 bulan penjara.
Atas pertuduhan tersebut, pihak terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00 dan penjara tidak lebih daripada 2 tahun.
Master saya dok sebut-sebut pasal benda tu. Saya angguk saja. Malas cakap banyak. Tapi dia pun cakap saja. Cakap tak serupa bikin.
Kekadang ini bukan dalam perniagaan sahaja tetapi dalam kehidupan seharian juga boleh diaplikasikan. Kan bagus kalau semua janji mampu ditunaikan. Agak mustahil untuk dilaksanakan cuma berhati-hati bila berjanji kerana janji ada yang akan tergadai. Harta. Kepercayaan dan juga peluang.
Rakan-rakan saya masih dok fikir meroyan saya pasal Perak belum hilang. Jangan risau, bab meroyan tu dah sembuh dan ditawarkan dengan serapah jambu batu dan sirih pinang. Disembur ke muka pulak, Mahu tak sembuh!
Kematian ADUN PAS Perak dan perletakkan jawatan ADUN Kedah diratapi dan mengecewakan tetapi sedikit sebanyak memberikan harapan baru dalam melihat senario kepercayaan rakyat dalam dunia politik Malaysia.
Cuma aku tertarik dengan si ADUN Kedah ni, asyik bertanda je dahinya. Walaupun kulit aku agak gelap tetapi kami bukan saudara. Tanda di dahinya buat saya berfikir kembali apa yang pernah dikatakan oleh seorang peguam senior bahawa beliau suka cari yang beragama sebagai staff beliau tanpa mengira apa agamanya.
Menurutnya itu antara petua bagaimana pejabatnya 'selamat' sentiasa. Beliau pernah tekankan pada saya, kalau mereka ini beragama, maka tiada korupsi, duit hilang, pembaziran, rasuah, makan gaji buta dan sebagainya. Hati senang, duit masuk!
Kepada semua parti politik, sila cari calon yang beragama!. Walaupun Perak dan Kedah bukan negeri saya, InsyaAllah dengan adanya Yang Berhormat yang beragama, maka senang saya ke sana nanti. Jalan pun elok. Korupsi kurang, pening kepala pun kurang pada rakyatnya. Goreng pisang pun tak naik harga!
Kenapa suka cium anak?
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail ..
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Dipetik daripada blog Mamafana
Mesyuarat Agong ini amat penting kerana di dalamnya orang bergaduh pasal isu berbangkit. Program? Yang pasti yang dok gaduh dan keluarkan isu bukan orang masjid dan buat program pun. Itu pastinya Me-layu.
Semasa mesyuarat itu juga orang bergaduh soal kewangan. Mana perginya itu dan ini. Kenapa dan penting atau tidak itu dan ini. Semuanya soal duit. Mereka bukan antara penyumbang utama kepada pembangunan masjid mahupun penyumbang tetap dalam amaun besar dan berkala kepada masjid. Rasanya derma yang dok bangkit isu tersebut juga tidak mampu bayar api dan air masjid walaupun derma itu dikumpulkan sebulan. Bila sebut soal duit, nak melenting pulak dia. Siapa depa ni? Bila sebut duit mahupun harta, melayu suka melenting. Itu antara sifat utama me-layu kedua.
Antara faktor utama dalam mesyuarat agong ialah, kuasa dan pangkat. Masa mesyuarat ini, yang tidak pernah nampak batang hidung dalam majlis tetiba datang dengan penuh gaya. Macam malam ni, tak pernah nampak diorang di masjid, tapi malam ni penuh dengan jemaah yang berserban "touch & go". Memasing pakat nak berebut nak naik pangkat dan pakat nak sokong orang tertentu. Ini alergi ketiga orang Me-layu, Kuasa.
Saya orang biasa sahaja. Lepas maklumkan ibubapa budak-budak bahawa kelas silat dibatalkan. Saya teruskan perjalanan dengan motor subsidi abahku ke Pusat Latihan Gayong ku dengan harapan untuk ilmu. Itu aku lebih suka.
Mengapa bangsaku sukakan harta. Sukakan kuasa. Sukakan mengungkit tanpa melakukan apa-apa.
Bagi saya sifat itu amat baik tetapi biarlah harta itu kekal dan bukan diambil dan digadai. Biarlah kuasa itu berkat, bukan diamanah kemudian dibelakangkan mandat. Kenapa mahu ungkit semua perkara sehingga tiada lagi keikhlasan sehingga sanggup bermuslihat sehingga terbitnya fitnah-fitnah yang merosakkan masyarakat.
Orang kata ada yang tak suka saya buat kelas silat di Masjid Puchong Perdana. Betul ker? Halaulah saya, kerana programku ikhlas dan bukan untuk mencari laba. Harta saya tidak berkurang dan bukan diperolehi dengan mengemis. Pendidikan saya bukan setakat Pondok Tok Ayah Kedah. Bumi Allah SWT amat luas.
Yang saya tahu, malam ini ilmu dah kemaskinikan ilmu lembing, tombak dan parang sebagaimana tahun 1997 dulu. Ini antara harta saya yang bakal difaraidkan penuh tanpa sempadan kepada sesiapa yang berminat.
Maka saya adalah "kaya" dan "berpangkat". Buat apa saya mengungkit lagi.
2-3 hari ini, saya tidur dan makan dengan parang sebab aku paksa member aku dari Pulai Pinang untuk datang ingatkan silibus parang yang kami belajar dulu zaman 90an. Lama tuh. Ingat lagi rupanya mamat tu.
Untuk tujuan itu, saya korbankan cuti raya 'thaipusam' saya. Zap! Zap! parang lalu atas badan anak buah saya. Sorang-sorang pucat. Jangan risau, mata sudah balik maa..
Jangan telefon sehari dua ni. Saya tak tahu mana letak telefon.
KUALA LUMPUR: Kemunculan lembaga hitam seperti ‘orang minyak’ yang sering menanggalkan seluar dan beraksi kelucahan melampau apabila ternampak wanita di sekitar Jalan Tiong Nam, Chow Kit di sini, sejak tiga bulan lalu, ditahan pagi semalam.- Harian MetroPagi semalam saya ada di Mahkamah dan berita ini tiada kaitan dengan saya.. Malah saya juga menafikan saya pernah mengenali Jalan Tiong Nam itu. Saya pernah mendengar nama Tiong Nam melalui lori yang membawa muatan sahaja.
Dibuktikan lagi bahawa saya tidaklah desperate buat kerja yang amat tidak berfaedah malah merendahkan kaum lelaki itu.
Tindakan lelaki tersebut yang senang menunjukkan 'anu' dan dapat menghilangkan diri dengan cepat telah menunjukkan bahawa 'anu'nya tak seberapa hebat dan fakta tersirat ini jelas menyangkal sebarang penglibatan saya.
Saya membuat sidang akhbar ini untuk menyatakan bukti-bukti dan meluahkan rasa kecewa kepada berita tersebut yang mengheret saya kepada suatu yang haram. Saya tidak mahu bersubahat mahupun tidak mahu dikaitkan dengan apa jua pelanggaran tatasusila dan jenayah. Saya terus mematuhi perundangan negara yang tertulis, common law, common sense dan juga mana-mana budibicara ketua perundangan dan pemerintahan.
Oleh yang sedemikian, saya mohon perkara ini tidak diperbesarkan dan lelaki tersebut telah ditangkap dan ada ditempat yang sepatutnya. Tetapi tangkapan dikatakan pagi semalam. Bukan petang ini. Jangan salah faham sebab petang ini pun saya kena lencun basah hujan.
Sekian laporan sidang akhbar rasmi saya yang pertama dari pejabat lawyer Tuan Hisham Nazir & Co, Puchong Selangor.
Mungkin kita tidak sedar bahawa sebelum tidur banyak amalan-amalan tertentu yang perlu kita buat. Mungkin amalan tersebut adalah amalan khas dibuat tidur mahupun amalan-amalan seharian yang tertinggal di siang hari. Maka sebelum tidur, ber 'qadak' lah kita.
Beberapa peringatan amalan sebelum tidur melalui hadis Rasullulah SAW. Namun saya memohon maaf kerana tidak dapat menyertakan beberapa keratan hadis tersebut kerana atas kedaifan sendiri dalam penyediaannya. Dalam seharian, kita dipesan agar mengkhatamkan al Quran sekali sehari (minima) untuk diakui sebagai umat Nabi Mohammad SAW. Adakah amalan ini pernah kita buat?
Dalam satu hadis disebut dua kali bacaan al Ikhlas adalah menyamai pahala satu al Quran. Kita ada baca seminima 2 kali sehari surah Al Ikhlas?
Dalam hadis yang lain, disabdakan bahawa 3 kali bacaan al Fatihah adalah menyamai pahala satu al Quran. Adakah kita membaca al Fatihah seminima 3 kali sehari? Sembahyang lain cerita.
Seorang ustaz pernah maklumkan saya selain daripada itu, kita juga dipesan oleh Junjungan Besar Baginda SAW bahawa setiap hari menunaikan haji yang mana pahalanya menyamai kalimah "Subhanallah walhamdullilah walaillah illAllah wal Allahuakbar walahaulawala kuawataiilah billahil aliyilazim". Pun kita tak buat.
Amalannya ringkas tetapi siapa yang memandang serius?
Anak adalah satu anugerah Allah SWT yang tidak ternilai. Anugerah ini datang dengan amanah yang amat berat yang mana setimpal dengan balasan kelak. Malah sesetengah anak kecil ini datang membawa rahmat, rezeki dan pangkat. Contoh paling dekat ialah; ada lelaki yang bakal mendapat gelaran Datuk meskipun si isteri tidak mampu menggunakan pangkat Datin.Walaupun begitu, masih banyak minggu ini akhbar memaparkan ceritera manusia di Malaysia yang sanggup buang anak tanpa rasa belas kasihan. Apa logik dan munasabah tindakan tersebut. Adakah mereka bimbang kekurangan rezeki? Apakah mereka bimbang dicaci cela kerana ianya hasil daripada perbuatan haram? Adakah sememangnya manusia ini kejam?
Apa pun jawapannya; sungguhlah manusia yang berbuat sedemikian tidak mengimani Qadak & Qadar Allah SWt yang telah ditetapkan. Lagikan di bumi gersang Afrika masih banyak anak yang mampu hidup dengan sesuap nasi. Sekacau Palestin dan bumi Baghdad, masih ramai anak-anak yang sanggup dibesarkan ibu mereka. Siapa kita untuk memutuskan silaturahim dengan anak tersebut setelah dianugerahkan oleh Tuhanmu.
Anak-anak ini mungkin penghapus dosa-dosa besar kita dengan tindakannya kelak. Anak-anak ini mungkin penghalang kita dari api neraka kerana lidahnya fasih al Quran. Tiada siapa yang mampu membaca masa hadapan.
Amanah yang paling besar diberikan kepada kita melalui anak kecil ini ialah pendidikan. Bagaimana ingin mendidik anak-anak kecil ini agar ia adalah Islam dan berguna kepada masyarakat kelak. Saham terhebat apabila kita mengIslamkan hidup anak-anak kecil ini kerana doa dan ingatannya kepada kita kelak akan membekalkan kita pahala sehingga hujung generasi.
Siapa kita hendak menafikan hak anak-anak kecil itu.
Kejadian berlaku di hadapan rumah 2 lelaki India tersebut. Menurut OKT, bekas majikan dan keluarga majikan adik mereka hadir ke rumah mereka di Seri Kembangan dan mula memaki hamun mereka setelah adik mereka meninggalkan kerja atas alasan kerja yang dilaksanakan adalah bersifat penipuan yang mana majikan beliau dikatakan membuat kerja-kerja mengutip derma atas nama Nursing Home yang mana kesemua hasil kutipan digunapakai oleh majikan mereka.
Menurut mereka, beberapa lelaki india yang bertindak samseng juga hadir bersama bekas majikan tersebut. Beberapa pertelingkahan berlaku dan cubaan memasukki rumah OKT telah menyebabkan pergaduhan berlaku dan melibatkan senjata tajam. Menurut OKT, mereka cuma mempertahankan keluarga mereka daripada diserang yang mana jelas perkara tersebut berlaku di perkarangan rumah mereka.
Representasi kini dibuat kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan kes ini ditarik balik.
Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendapati seorang buruh bersalah di atas memiliki 13 kad kredit pada 6 tahun lepas dan menjatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun bermula pada tarikh hukuman setelah mendengar mitigasi daripada pihak Pembelaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan dengan syarat wang jaminan ditingkatkan kepada RM50,000.00 berbanding RM30,000.00 sebelum ini dengan 2 orang penjamin.
Bukankah saya dah bari (khabarkan) di entri yang lalu. Tak boleh ke ambil pengajaran dan ikhtibar lagi daripada yang itu. Tengok bagaimana Sultan Perak menggunakan budibicaranya di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri. Besar sangat ke Sultan-Sultan ni?
Hah.. kan kalau ikut sejarah, negeri dan jajahannya adalah milik Sultan. Apa yang perlu dijelaskan lagi. Ini blog saya sendiri bikin, maka hak sayalah buat apa sesuka hati. Ada FRU nak datang bom asapkan saya sebab tukar "layout"?
Susah! Susah!
Bukan kerja saja yang tak sempat dan berlambak, petang ni dibuat hujan pulak. Habis semua lembab. Kan bagus kalau cuti hari Jumaat. Buat macam Kelantan, boleh jugak pergi surau belajar qiraat.
Rasa macam nak tukar saja layout ni. Bila tension ini lah jadi. Semua rasa serba tak menjadi. Tengok lah nanti. Kalau sempat, bertukar rupalah blog keramat ni.
Aku bukan orang perak mahupun orang Kedah. Tapi atas urusan kerja, selalu ke sana hingga ke pelusok kampung-kampung mereka. Apa yang berlaku tiada kepentingan bagi aku. Siapa naik dan siapa kena halau tidak memberikan kesan. Tapi ada sedikit rasa terkilan.
Al Sultan dah maklum keputusan, mahupun idak kena lah jalan. Jangan tengok asyik nak marah orang. Mungkin AlSultan saja nak jaga duit cukai korang. So, rasa hormat janganlah semua nak bagi hilang. Pandai-pandailah sikit kasi simpan.
Ramai terkilan, ambik negeri pakai sondol belakang. Mana perginya gentleman? Yang marah dan kecewa, banyak-banyak sembahyang. Kalau betul salah, 4 tahun lagi korang silang!
Aku, lebih suka kalau yang kerajaan Selangor dulu tukar orang. Dulu semua mesra, bagus pun dah hilang. Nak bersilat pun depa ingat aku ni nak jadi jutawan..
Aku masih waras dan masih nak bersorak kemenangan PAS di Kelantan. Tapi kalau ada nak sanggah Selangor, aku nak ikut belakang.
Manakala dalam News Strait Time mukasurat 12 pula menyatakan;
"Ngeh (state senior exec. councillor) said Hee's reason for leaving pakatan because she was not given any benefits by the state, He said Hee's was dissatisfied and complained for not being appointed an exco member and for not getting Toyota Camry."
Cuba tengok mana-mana pernyataan versi asal kerana di atas adalah versi mutlak berita News Strait Time tetapi bersifat "Dengan Cakap" (Hearsay) sahaja. Tetapi kalau benda ini betul, betapa materialistiknya wakil rakyat kawasan Jelapang ini.
Ini silap siapa? Salah rakyat yang memilih ke. Atau salah pimpinan Pakatan Rakyat yang meletakkan pemimpin yang berkualiti rendah di situ. Dr. Mahathir kata pemimpin berkualiti rendah. Saya setuju saja. Bak kata Hussin Lempoyang.. wOW!
Semua ternganga! Lepas ini pakat join politik, senang jadi kaya. Orang PR pun ada yang senang lepas join politik
Dari sudut ekonomi dan keadaan semasa, 70% aku setuju dengan keputusan Sultan Perak tetapi dari sudut politik dan pentadbiran, keputusan tersebut akan mengundang rasa kecewa dan kurang rasa hormat pada Baginda Sultan daripada rakyat Perak itu sendiri.
Ini telah saya sentuh melalui post sebelum ini sememangnya blogger mula menyatakan keputusan yang dibuat tersebut tidak memihak kepada kepentingan rakyat. Banyak yang mula merungut bahawa keputusan tersebut tidak memberikan keutamaan kepada kebajikan dan kepercayaan rakyat. Mungkin ramai Yang Berhormat di Dewan Undangan Negeri sekarang mempercayai Barisan Nasional dan akan diberi mandat untuk kuasa pembentukan Kerajaan Negeri yang baru tetapi persoalannya; Rakyat bagi mandat pada siapa?
Politik tidak memberikan aku makan. Aku tidak pernah mengipas punggong sesiapa. Malah Perak bukan negeriku. Tetapi kalau keadaan politik huru-hara di Perak ekoran hak rakyat dinafikan, bagaimana saya nak ke Pulau Pinang dan ke Kedah bagi menghadiri Pembicaraan.. Susah! Susah!
Apa kata anda mengenai artikel ini
http://kamal-talksmalaysia.blogspot.com
Dari satu sudut, Sultan Perak telah menggunakan budibicaranya dengan amat baik apabila memberikan kuasa kepada yang lebih mendapat kepercayaan iaitu pada masa ini ialah Barisan Nasional kerana 3 makhluk bebas tersebut juga menyokong Barisan Nasional.
Budibicara ini akan mengelakkan pertelingkahan politik akan berkurangan dari sudut pentadbirannya. Yang sedikit kena turun. Yang banyak pengaruhnya maka dia akan memerintah. Itu perundangan rimba. Tetapi kita menggunapakainya dalam konsep Demokrasi.
Keputusan Sultan Perak juga akan mengelakkan berlaku pembaziran dalam pengundian kembali dan seterusnya banyak lagi isu politik wang akan timbul.
Namun jika difikirkan dari sudut kedua, iaitu sudut demokrasi yang memberikan kuasa penuh kepada rakyat dalam memilih pemimpin. Maka keputusan Sultan Perak akan memberikan kesan yang amat besar sekiranya keadaan politik tidak di kawal atau diredakan oleh pihak Barisan Nasional mahupun pihak Istana. Campurtangan pihak polis akan memberikan lebih dendaman rakyat kepada Barisan Nasional dan Sultan Perak sendiri.
3 Mahkluk bebas yang dikatakan hilang diculik atau disuntik pelali oleh mana-mana pemburu itu telah keluar semalam dengan berita pengunduran dan sokongan kepada Barisan Nasional. Perlu diingatkan bahawa 3 makhluk bebas ini dipilih oleh rakyat perak atas tiket Pakatan Rakyat dan bukan atas individu. Malah aku kalau tengok muka pun nampak tak setuju sangat nak pilih depa. Tapi memang dari dulu aku tidak sokong PKR. Mana tidaknya, 2 orang kaki sapu katanya. Seks pun ada sedekahnya. Tapi Anwar Ibrahim nak simpan juga. Apa aku nak kata!
Atas loncatan 3 makhluk bebas tersebut, rakyat setempat mungkin akan naik darah dan pelbagai perhimpunan akan menyusul. ISA pun mungkin satu perkataan yang tidak pelik mana untuk disebut oleh nyonya-nyonya di Ipoh. Selain daripada penurunan sokongan yang paling minima kepada Barisan Nasional yang bekemungkinan besar akan menerimanya di dalam PRU 13 kelak, mungkin rasa hormat dan kecewa yang amat akan diluahkan kepada Sultan mereka dalam masa terdekat dan lama. Ini akan memberikan kesan kepada rasa hormat yang kurang Raja mereka. Ini kerana tiada pilihanraya dibuat dan kuasa diberikan kepada Barisan Nasional. Rakyat cuma tahu mereka ada hak untuk mengundi dan memilih pemimpin mereka dan hak ini dinafikan. Mereka mana berminat untuk berfikir logik dan munasabah keputusan Sultan Perak itu.
Dengan kuasa budibicara Sultan Perak menolak permohonan YB Nizar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri dan sekali gus menerima makluman bahawa kerajaan Perak kini tiada kepercayaan lagi setelah menemui kesemua 31 wakil Rakyat Barisan Nasional dan "bebas" tersebut.
Bukankah Allah SWT menyebut:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. " Ali 'Imran , 26.
Pihak KSSG bercadang dan akan melancarkan satu Tabung Dana bagi membeli tanah / bangunan bagi menyediakan satu Pusat Latihan sistematik bagi latihan Silat Seni Gayong di Negeri Selangor ini. Jumlah yang dianggarkan ialah RM200,000.00 dan tempoh dana ini akan diteruskan selama 2 tahun (2009-2010).Sebarang derma boleh dibuat seperti berikut:
Cek / Wang Pos / Bank Cek atas Nama "Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya"
Bagi sumbangan melalui Maybank (1622 6311 7521). Akaun atas nama Mohd Hisham bin Mohd. Akaun rasmi akan dimaklumkan kelak.
Sebarang keterangan sila hubungi: 014-5051961
Oleh kerana ramai pelatih KSSG berpotensi dan berkemahiran dalam bidang rawatan Bekam Sunnah, maka rawatan Bekam Sunnah akan dibuat secara tetap seperti berikut:Ahad
Jam 9.30 pagi - jam 9.00 malam
Sabtu
Jam 5.00 petang - 12.00 tghmalam
Hari Kerja
Melalui Temujanji shj (014-5051961)
Rabu-Cuti
RM7.00 bagi setiap poin dan Hasil upah kerja tersebut akan disalurkan kepada Dana Bangunan Pusat Latihan KSSG.
Orang ramai digalakkan menghubungi kami sebelum datang bagi memudahkan urusan rawatan. Sila hubungi: 014-9933774 bagi keterangan lanjut.Sebarang perubahan masa akan dibuat tanpa notis awal.
Pesilat KSSG dilatih oleh beberapa pengamal perubatan tradisional dan herbalis-herbalis bertauliah daripada HPA Malaysia.






