Saya beratur di belakang satu pasangan lelaki dan perempuan. Kekadang terjeling juga pada si perempuan. Ada manis dan cantik pada wajahnya. Bertudung. Si lelakinya nampak angkuh dari sudut langkah. Saya menanti di belakangnya di sebuah mesin ATM.
Saya dok terfikir kenapa lelaki ini nampak agak hensem dipandang dari tepi tapi bahunya kecil tidak kasar seperti lelaki lain. Saya cuba menjeling-jeling.
Sekali pengkid. Nauzubillah!
Saya terlampau sayangkan kamu dan anak-anak. Tiada masa yang berlalu tanpa memikirkan kebajikan mereka.........."
Semalam saya melihat bagaimana satu kisah cubaan rampasan terhadap kapal terbang dibuat. Namun apa yang menarik semalam, rampasan yang cuba dibuat adalah satu kisah rampasan kapa terbang pertama dilakukan oleh kakitangannya sendiri.Rampasan tersebut cuba dibuat oleh seorang pakar senibeladiri dan juga pakar pemandu jet pejuang tentera yang kini bertugas dengan FedEx Express selaku juruterbang kemudian ditukarkan selaku jurutera penerbangan. Beliau dikenali sebagai Auburn Calloway seorang berbangsa afrika amerika.
Dalam cubaan tersebut, beliau terpaksa melawan 3 kakitangan yang lain iaitu juruterbang, pembantunya dan juga jurutera penerbangan.
Kehadiran Auburn dalam penerbangan FedEx 705 hanyalah sebagai penumpang sahaja yang dikenali sebagai Jumper Seater.
Namun apa yang ingin dikongsikan ialah bagaimana kewarasan Auburn hilang dan merancang satu episod membunuh diri yang tragis dengan menjunamkan FedEx 705 bersama 3 kakitangan yang lain.
Auburn yang mempunyai perbicaraan tata tertib di peringkat dalaman bimbang mengenai kerjayanya dan bukan kerana bersifat individu tetapi bimbang kehilangan kerjaya dalam umur 42 tahun akan memberi kesan kepada bapa penyayang ini untuk menampung anak-anak beliau yang kini tinggal bersama ibu mereka yang juga bekas isteri Auburn.
Auburn merancang rapi termasuk persediaan senjata yang tidak mengaitkan beliau kepada apa-apa rampasan sebelum melaksanakan rancangan tersebut. Beliau berharap dengan menjunamkan FedEx 705, beliau dianggap meninggal semasa bertugas dan imbuhan insuran nyawa sebanyak USD2.5 juta akan memberikan harapan baru kepada kehidupan anak-anak beliau.
Malangnya, cubaan tersebut gagal walaupun ketiga-tiga kakitangan lain dalam keadaan kritikal kerana bergelut dengan Auburn. Auburn yang menggunakan pembelaan tidak siuman tidak diterima oleh jemaah juri dan telah dihukum penjara seumur hidup.
Tapi dok rancang dah, sibuk macamana pun nak ke Melaka juga minggu ini sebab nak jumpa seorang orang tua. Tak tahu masih sihat ke dia. Dia tidak dikenali kerana wajahnya yang kacak mahu bergaya. Harta melimpah jauh sekali. Tetapi ilmu yang ada padanya serta khidmat pada masyarakat itu yang menjadi bualan. Teringin nak jumpa dia sungguh ni!
Tup-tup isteri telefon daripada Kelantan kata nak balik Selangor pulak hujung minggu ni. Takper, bagus jugak. Teman makan kenduri la jawab dia. Program silat jalan juga. Itu pantang... pantang tinggal.
Masa yang nak habiskan ke Melaka terpaksa digantikan dengan aktiviti lain sebab Melaka takleh bawa anak isteri. Ada banyak kerja, nanti kecoh pulak.
Dok rancang punya rancang takboleh pergi kat kursus silat di Port Dickson dah minggu ni sebab sibuk sungguh kononnya. Sekali Teluk Kemang juga yang menjadi destinasi kami anak beranak menghabiskan masa minggu ini.
Itupun isteri siap tanya, "esok ada court ker? Kalau takde boleh tidur sini.."
Sebab sekarang diorang pakai rate cuti sekolah, maka jawapannya...
Ada kes esok!
Kenapa Melaka? Saya ingin bertemu dengan seseorang sedang uzur yang dibimbangi tidak dapat diketemui lagi selepas ini. Kalau saya jadi pergi ke Melaka, saya akan postkan di sini kenapa dan apa tujuan saya ke sana.
Elok punya rancangan, dirasakan macam perlu pula hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam yang bakal diadakan di Legend Hotel, Kuala Lumpur pada lusa ini. Takpe. Siap dalam pukul 3 petang mungkin masih ada peluang untuk cabut ke Melaka sekejap. Nak jumpa juga rasanya orang tua itu.
Tup-tup Biro Bantuan Guaman Selangor telefon saya mengatakan ada Makan Malam besar di Renacisance Hotel Kuala Lumpur bagi peguam-peguam di Malaysia. Menurutnya saya ditaja khas oleh pihak mereka ke Makan Malam tersebut atas beberapa sebab tertentu. Takan nak tolak untuk hadir atas tiket vIP (V kecil nyer).
Sekarang dok intai jadual hari ahad samada boleh dilengang atau sebaliknya. Pagi silat, petang silat. Kalau nak mudik juga, kena ada orang ganti untuk petang itu.
Mana lagi masa ni..
Isteri dan anak lelaki saya tidak mengikuti saya balik ke Kuala Lumpur kerana ada urusan keluarga perlu diselesaikan di sana. Dalam perjalanan balik ke sini, saya banyak tidur dalam kereta. Memang itu hobi bila berada dalam kereta mahupun bas. Kapal terbang belum naik pun saya dah lena. Setakat skirt pendek pramugari Air Asia, saya tak heran!
Balik pada cerita asal. Dalam perjalanan balik ke sini, saya dan abang Noor banyak bercerita pasal agama dan silat. Dia agak arif dalam dua benda ni. Sebab dulu dia budak pondok. Tiada sistem pelajaran yang teratur tetapi pengetahuan dan gaya hidupnya agak membanggakan dari sudut agamanya.
Tetiba keluar soal maulud nabi yang akan diraikan minggu depan (waktu ini seminggu sebelum 09.03.2009). Bagaimana beliau menceritakan semasa ulama tersohor di Kelantan, Tok Selehor meraikan Maulud Rasul seperti hari raya. Malah ada yang menyatakan bahawa sambutan maulud disambut lebih meriah daripada sambutan hari raya Aidilfitri mahupun Aidiladha. Besarnya maulud bagi ulama itu dan rakyat Kelantan pada masa itu.
Banyak isu maulud nabi kami perkatakan dan perbincangkan. Tapi lebih kepada soal fakta dan perkara dalam maulud. Ada 2-3 soalan yang diajukan oleh Abang Noor yang tidak mampu aku jawab dengan tepat berdasarkan fakta.
Dari mana Abrahah mengambil Gajah?. Apa itu Gajah? Apa itu tentera bergajah? Sejauh mana masa itu Gajah dikenali? Gajah sahaja.. tapi tak mampu dijawab. Kerana jawapan yang ditunggu bukan soal fakta tapi lebih kepada amalan hidup da kemodenan pada masa itu. Mungkin nak dibandingkan dengan kejahilan penyembah latta manna dan uzza.
Dalam banyak-banyak sembang kosong sepanjang perjalanan tersebut, isu maulud tak buat saya lena tidur pagi itu. Biasanya sampai Kuala Lumpur, saya tidur kejap. Tapi pagi itu buat saya cerah mata sampai ke malam.
Saya cuba sibukkan dengan kerja-kerja di pejabat dan hadir ke beberapa tempat. Tapi isu maulud masih di kepala.
Timbul rasa malu yang amat kepada Junjungan Besar Nabi Mohammad SAW. Kita terlalu meraikan pelbagai perayaan yang mengarut seperti April Fool, Tahun Baru dan lain-lain perayaan samada kita sedar mahupun sebaliknya.
Maulud ini bermaksud dalam perkataan paling mudah ialah "Happy birthday!". Satu sambutan ulangtahun kelahiran kekadang disebut keputeraan Nabi Mohammad SAW. Mungkin perbezaan ayat yang digunakan buat kita hilang maksud dalam realiti.
Saya termenung panjang kerana saya mempunyai seorang anak lelaki. Betapa gembiranya selaku seorang bapa lalu mengorbankan 2 ekor kambing sebagai aqiqah. Itu satu perayaan mengembirakan orang lain dengan jamuan atas dasar sebab perolehi anak.
Lalu atas kegembiraan itu diberinya nama Mohammad agar dirinya terpuji. Diberinya nama Nuqman agar ia menjadi sehebat perawi hadis yang bernama Nuqman mahupun serealiti kata-kata Imam Syafie bahawa apa jua besi biasa boleh menjadi emas dengan hebatnya hujah dan kata-kata seorang lelaki yang bernama Nuqman (Imam Hanafi). Lalu diberikan juga ia Baihaqi agar sehebat akal perawi Baihaqi yang disegani dan diterima penuh akan kejujurannya.
Maka masa berjalan. 3-4 bulan sebelum sambutan kelahiran anak lelaki saya, sudah terbayang di kepala ini bagaimana kalau sekiranya ada sambutan kecil-kecilan kepada surau, masjid mahupun solat hajat di rumah saya untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak lelaki itu. Betapa tingginya seorang bapa boleh mengangkat anaknya.
Kerana saya tahu, dengan didikan Islam, anak lelaki ini mampu cerahkan dan luaskan kuburku. mampu teduhkan saya di Padang Mahsyar. Pahala mungkin tidak akan terhenti dengan kebaikan anak lelaki ini. Tetapi saya terlupa ada seorang lelaki lain yang mampu memberikan lebih manfaat kepada saya semasa di dalam kubur, semasa di akhirat kelak. Satu-satunya lelaki yang mampu memberikan syafaat yang tidak mampu diberikan oleh mana-mana makhluk di dunia ini. Nabi Mohammad SAW. Penghulu segala Nabi dan Rasul.
Kita terlupa mengangkatnya. Malah langsung tidak gembira dengan kehadiran ulangtahun kelahiran Baginda. Walaupun terdapat khilaf mengenai tarikh kelahiran Baginda secara jelas tetapi kesepakatan menerima 12 Rabiuawal dan hari Isnin oleh para ulama' harus diambilkira.
Adakah kita merancang apa jua sambutan secara sumbangan peribadi kita kepada Baginda di minggu ini? Cuba kita renungkan....
Sambutan Maulidur Rasul oleh KSSG
Beliau bukan wanita hebat mahupun wanita besi dalam dunia penuh kemajuan ini. Beliau adalah isteri kepada penjaga kubur yahudi di Pulau Pinang. Kisahnya di pamerkan dalam Majalah Al Islam pada bulan ini. Itu pun kebetulan Al Islam menerokai kisah perkuburan Yahudi di Pulau Pinang dengan harap mendapat berita mengenai komuniti Yahudi di Malaysia. Lain yang di cari lain pulak kisah panas yang diperolehi.
Fatimah Rabu adalah wanita Islam yang dikatakan di bawa oleh Datuk beliau daripada kepulauan Indonesia bersama adik beliau. Datuk beliau menjual kain untuk menyara hidup. Fatimah Rabu telah berkahwin dengan orang tempatan dan dikatakan memperolehi 2 cahaya mata yang mana berugama Islam.
Menurut cerita, atas layanan buruk termasuk dihalau keluar oleh keluarga mertua beliau di Pulau Pinang setelah kematian suami, beliau hidup merempat. Ada seorang penjaga kubur Yahudi yang berbangsa India dan berugama Hindu menolongnya meneruskan hidup. Akhirnya mereka berkahwin. Islam dan Hindu bergabung tetapi amalan mana yang prevail ke atas keduanya. Hanya Allah SWT yang mengetahui.
Tetapi hati nakal ini berkata, sudah tentu hindu akan mendominasikan atas Fatimah Rabu. Buktinya, 7 anak mereka dan cucu-cucunya adalah beragama Hindu. Muka 100% mirip melayu. Kerana dalamnya darah melayu. Agama Hindu. Bagaimana pula dengan Fatimah Rabu semasa hidup? Apa amalannya? Adakah murtad? Adakah beliau mengamalkan Islam? Atau hanya pada nama?
Bukan Fatimah Rabu, suaminya atau anak-anak mahupun cucunya yang saya cuba tarik perhatian, tapi bagaimana masyarakat Islam tidak prihatin mengenainya dan membiarkan seorang Islam hanyut dalam kejahilan tanpa bimbingan.
Bagaimana satu masyarakat Islam mahupun badan berkuasa tidak mampu menolong kesusahan orang Islam sendiri.
Bukankah terdapat banyak badan-badan Islam yang tumbuh bagai cendawan semenjak 100 tahun dulu. Kan semenjak zaman Hang Tuah orang kita sudah bergegar bercakap mengenai perjuangan Islam..
Salahkah kalau saya katakan bahawa banyak badan Islam terutama badan kerajaan ini hanya kerjanya menunggu sahaja. Bagi mereka masyarakat ini putih selagi tiada laporan kepada mereka. Tidak kah mereka sedar bahawa badan dan agensi yang banyak ditubuhkan untuk bekerja. Mencari masalah dan selesaikan.
Sekarang sudah terbalik. Ada Kerja. Tapi tunggu masalah datang..
Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wallahualam..
"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.
Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji,overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.
"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.
Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.
Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...
Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.
Eee.... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim...
Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.
Pergi... pergi sekarang! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.
Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di
telinga.
Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati...
Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!
Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak
kematian sekali gus, taklah timbul masalah.
Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,
lailahaillallah, lailahaillallah...
Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.
Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.
Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.
Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi
saya ingin juga merasainya.
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.
GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!
Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.
"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.
GGGRRRRUUUMMM...
Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan
bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..
Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK
Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.
AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!
Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.
Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba...
PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.
PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!
Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah!
Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang
mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.
Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga.
Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang
membara, merah menyala.
Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.
"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.
Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.
"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.
Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.
Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.
Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.
"Johar... Johar!!" sayup-sayup nama saya dipanggil.
Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.
"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan
digoncang-goncang.
Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.
Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.
"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.
Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.
Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa
berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.
Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan,
mimpi dan igauan semata-mata.
Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.
Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.
Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya.
Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur ...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampubi dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN
"Dah keje dia, nak buat macamana" Ayat yang selalu saya jawab!
Tika ini saya selalu ingat bahawa setiap apa yang dibeli oleh abah saya, tidak akan disentuh kecuali sampai ke rumah terlebih dahulu. Anak dan isteri mendahulu rezeki-rezeki itu. Tidak pernah saya melihat mahupun mendengarnya makan di kedai tanpa anak dan isteri. Malah kami jarang makan di luar kerana abah pesan "daripada bazir makan di kedai, baik makan di rumah. Duit itu boleh bagi buat sekolah semua"
Minggu ini hati saya sayu melihat dua keadaan bapa. Entah bapa siapa. Tapi saya pasti, sayang pada anak-anaknya amat sekali. Bagi mereka, anak-anak diutamakan.
Saya melihat seorang lelaki tua makan bekal berteduhkan pokok sebagai alas perut di tengahari sebelum menyambung kerja menyapu kawasan sekeliling. Tetiba beliau terpandang saya dan tersenyum dari jauh. Saya mengangkat tangan sebagai hormat dan tanda maaf kerana tegak memerhati beliau.
Sejurus kemudian, saya ke TESCO untuk bertemu anakguam kerana tempat itu lebih mudah dan senang nak makan. Ekoran hujan lebat, saya terpaksa melilau di pasaraya tersebut sehingga hujan berhenti kerana saya ke TESCO berjalan kaki.
Semasa menunggu giliran membuat pembayaran di kaunter eskpress, lelaki berumur pertengahan itu berlari ke belakang kerana lupa mengambil susu anak beliau. Saya melihat beliau membeli beberapa barangan anak beliau seperti jajan, susu dan buku. Selain itu ada barangan peribadinya.
Beliau membelek-belek dompetnya, mencari sesuatu. Saya dapat mengagak beliau tidak cukup wang untuk membayar keseluruhan item yang dikira tersebut. Saya yang berada di depan mendengar dan faham bahawa hanya RM25.00 di dalam dompet beliau.
Beliau mohon kepada adik manis kaunter agar barangan peribadinya ditolak kembali bagi membolehkan hanya barangan anak-anak beliau di bayar terlebih dahulu kerana tidak mencukupi wang. Untuk itu, barisan mula panjang kerana penyelia lambat datang untuk betulkan kiraan cash machine. Wajah beliau berubah kerana barisan semakin panjang kerana beliau. Saya cuba menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan kesemua bil yang tidak berapa banyak itu tetapi ditolak dengan lembut.
Kenapa beliau tidak menggunakan 4 mesin ATM yang berbeza bank di situ?.. tiada baki lagi? Itu yang berbaki padanya?
Anaknya mendapat barangan daripada baki wang bapanya itu. Alangkah beruntungnya kita dengan kasih sayang itu.. Tetapi siapa yang menghargai?
Aku gantung bendera PAS dan PKR masa nak pilihanraya..... laung sana-sini kerana aku lebih suka polisi PR dan menolak kecelaruan Barisan. Tapi dalam perjuangan silat Pusaka Gayong saya, Barisan Nasional lebih banyak membantu. Amat banyak keterbukaan mereka dalam memastikan akademik pelajar melayu ke depan di kawasan Puchong ini.
"Jangan risau, benda ini elok untuk anak muda dan kalau awak ada masa dan komitmen, teruskan. Kami sokong sepenuhnya" Saya terkejut tapi itu hakikatnya.
Atas sokongan kami menjaga dewan dengan penuh baik. Bersih dan cuci. Tiada siapa akan tersepak kaca dalam pagar dewan tersebut. Tiada siapa akan rasa kakinya berpasir dalam dewan itu. Rumput tak mampu nak naik tinggi. Lalang takut menegak. Itu kami jaga. Duit kami boleh berikan. Tapi api air sebulan cuma sekitar RM40.00 itu paling tinggi.
Lagipun orang lain dah bayar sewa. Boleh cover. Kata Orang UMNO lagi...
Selepas setahun, Orang UMNO memberikan kunci dewan kepada Orang PAS ni. "Buatlah aktiviti yang memberikan manfaat kepada anak muda. Orang lain, orang kami malas... semua nak kena suruh. Kat Masjid nak bukak tak?" Orang UMNO tanya lagi.
Sekarang? Orang UMNO masih gagah berkata.. "Masjid tu saya jaga lagi, teruskan silat. Dewan bukan saya punya tapi cuba lah jangan berhenti. Awak keje besar, pelajaran tinggi. Kami perlukan orang seperti anda. Jadi banyakkan sikit jumlahnya."
Setakat ini ramai masuk universiti, cemerlang exam dan sebagainya. Kami bagi saguhati. Wang dan hamper. Buku dan cenderamata. Ibu bapa terharu anak cemerlang. Pandai Bersilat. Adabnya sopan. Paling tidak beberapa potong ayat lazim lekat di kepala. Kerana dilatih dalam silat.
Orang Pakatan Rakyat apa pula kata? ..... entah
Saya kata "kita tutup je la gelanggang silat". Baik saya tumpu pada bisnes yang ada. Ribu Riban dan tak rugi masa. Penat jauh sekali. Duit tak habis. Anak Saudara seAgamaku? Bukankah itu urusan saya juga selaku Orang Islam.
Orang Pakatan Rakyat apa pula fikir? ..... entah
Saya kata "Anwar Ibrahim patut buat cawat dengan sandang yang ada.."

