Pagi-pagi buta hari ini saya naik angin pada pegawai polis. Mulanya tak berapa angin mana tapi bila dah jumpa klien, angin dia semacam pula marinya.
Mana tidak anginnya kalau reman 3 hari yang sepatutnya tamat hari ini dan dibuat pertuduhan atau sambungan reman pada hari ini tetapi dimaklumkan oleh pegawai pagi ini bahawa reman telah disambung 3 hari lagi semalam.
Saya pula tidak dimaklumkan walaupun pegawai tu ada kad nama saya.
Isteri klien dah ada sini. Kakaknya , pakciknya dan 2 daripada 4 anaknya. Semua dah ada sini, dengan berpeluh berjalan kaki. Kesian pulak tengok isterinya yang sarat mengandung.
Ini yang disebut perancangan awal, kalau kita dah tahu apa yang bakal dibuat melibatkan orang lain, maka lebih baik perancangan awal dibuat dan dimaklumkan bagi kemudahan bersama.
Satu video yang kini tersebar di youtube bagaimana dikatakan budak remaja Terengganu di rumah sewa menyambut hari jadi dengan arak. Sekarang arak dah jadi biasa dan bukan pelik lagi. Siapa Mak Bapak diorang...
Bukan nak kata pada budak Terengganu kerana negeri lain pun sama.. Kita pakat jaga lah akidah kita.
Ustaz Majid Hassan selaku salah seorang guru saya kini giat dalam membina satu pusat rawatan yang lebih selesa bagi membuat rawatan Islam. Beliau sebelum ini menggunakan rumahnya sebagai tempat rawatan.
Beliau yang mendaftarkan pusat rawatan Islam atas nama AKRINE banyak melahirkan pengamal-pengamal perubatan Islam melalui kursus yang dijalankan.
Beliau berharap dengan tertubuhnya pusat rawatan yang tersendiri ini, selain daripada rawatan, InsyaAllah mungkin pelajar-pelajar beliau dapat membuat latihan amali.
Kepada yang berminat untuk menderma sila salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank 562740110528 . Jika anda ada niat secara spesifik derma berkenaan, anda boleh emailkan ke akrine@yahoo.com. Yang pasti samada anda beritahu ataupun tidak niat derma anda, pahala derma anda akan tetap sampai juga sepertimana niat anda kerana ALLAH Maha Mengetahui.
Maklumat lanjut sila klik sini
Bila belajar silat, semua orang ingin menjadi hebat. Sehebat mana, saya sendiri pun tidak pasti. Tetapi masing-masing seolah ingin mengangkat dada bahawa kita berkelebihan atas pelajaran silat. Bagi saya, pelatih sebegini dah sesat dan terpesong banyak. Dari mana terpesongnya. Samada silap sendiri, rakan latihan mahupun gurulatihnya membimbing sedemikian.
Apabila niat sebegitu, maka lahirlah pesilat yang kenal adat dan budaya silat tetapi tidak memahami sejarah dan amalan budaya silat. Ibarat kera dapat bunga, dilihat cantik.. dipusing-pusing tetapi akhirnya tiada guna baginya.
Saya sering berkata kepada pelatih saya. Bersilat mencari pahala dan mencari tapak untuk pahala itu bergerak bila kita mati. Sebagaimana ADMAR meninggalkan Gayong kepada kita maka pahala kepadanya tetap berterusan selagi ilmu Gayong ini diteruskan atas nama apa jua.
Saya sering tegaskan bahawa setakat hidup kita yang tidak mendidik mahupun melakukan satu perubahan kepada masyarakat kita maka hidup kita tiada makna. Tetapi ramai yang takut kononnya masalah banyak kalau mengajar silat.
Guru saya kata " Hati baik dan ikhlas, yang lain Allah SWT uruskan"...
Saya pegang dan pakai pesan itu. Selama bergayong pernah juga gelanggang saya diceroboh dan disudi, tetapi alhamdullilah, semua jadi rakan dan boleh dijadikan rakan. Kan itu lebih baik.
Ada yang cakap mendada seolah-olah beladirinya amat tinggi harga dan nilainya. Tetapi kaku bila berdepan. Tiada ilmu pelik sekadar ingat pesan guru-guru.
Sekali lagi ayat sama diturunkan kepada rakan-rakan pesilat di bawah jagaan saya semalam. Bukan oleh saya tetapi terus daripada guruku itu.
Saya melihat keberkatan guru ini bukan dalam mendabik dada kerana ilmu dan pengaruhnya tetapi jelas saya melihat kepada faedah selepasnya. Iaitu pahala yang mahu dikumpulkannya. Guru-guru lama sering berkata gayong ini AMANAH dan bukan satu tradisi.
Ilmu diperturunkan dalam banyak cara dan tempohnya tetapi bukan untuk digunakan kecuali perang. Itu pun belum tentu digunakan atau mampu digunakan. Tetapi dipesan bahawa harus disebarkan, tak ramai yang ingin buat. Takut kalau dibuat sedemikian, maka ramai anak bangsa lebih maju. Baik sesama tidak maju. (Sindir)
Semalam saya cuba memujuk Guru saya atas beberapa perkara. Beliau mengambil masa untuk bersetuju. Tetapi saya amat tahu, bahawa apa yang minta tidak akan diperolehi sama sekali. Tetapi beliau tekankan,
"ada orang yang lebih ilmu tetapi setakat itu sahaja. Ada orang sikit ilmu tetapi ada berkat guru. Masyarakat sekitar pun berkati dia kerana dia juga mengajar silat".
"Tak penting belajar banyak. Kerana akhirnya Allah SWT juga yang menentukan"
Saat perpisahan pertemuan semalam, semua anak muridnya dan rakan-rakan saya disalam erat. Saya tidak dihulurkan tangan kanan sebaliknya saya dihulur kedua tangan dan memeluk erat saya dengan mata yang sebak.
Terima kasih atas berkat mu, guruku.
Saya ingin berkongsi satu hadis yang mana antara maksudnya " Allah SWT dan RasulNya
melaknat lelaki yang berupa perempuan dan perempuan yang berupa lelaki".
Sama-samalah kita fikirkan.
Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dan Sebatan sebanyak 10 kali sebatan ke atas seorang pemandu lori yang dituduh di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya bermula daripad atarikh tangkap.
Menurut pertuduhan, Orang Kena Tuduh boleh dijatuhkan hukuman maksima 20 tahun penjara manakala hukuman penjara minimum bagi kesalahan ialah 5 tahun dan boleh dikenakan sebatan minima 10 rotan atau lebih.
OKT ditahan di Puchong pada tahun 2007 telah dituduh dan membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di hadapan Tuan Hakim Aslam Zainuddin.
Mahkamah yang Mulia telah menjatuhkan hukuman tersebut apabila menilai pertimbangan budibicara Mahkamah yang Mulia sebagaimana mitigasi dan cadangan yang dimohon oleh Peguambela OKT, Encik Hisham Nazir. Pendakwaan dibuat oleh Puan NorAishah Dato' Zaikiuddin.
Antara lain, peguambela menekankan tindakan kerjasama OKT serta kelakuan baik melalui pengakuan bersalah yang dibuat telah menjimatkan masa dan kos kesemua pihak.
Antara lain matlamat kerajaan agar hukuman adalah bersifat mendidik masyarakat menjauhkan jenayah dalam masa yang sama hukuman hendaklah bersifat mengubah dan mendidik OKT ke arah yang lebih baik apabila dibebaskan kelak. OKT yang kini dikatakan insaf banyak menyertai program keagamaan anjuran Penjara Sungai Buloh.
Peguambela juga berhujah bahawa pemenjaraan OKT dalam tempoh yang lama bersama penjenayah tegar tanpa sokongan keluarga akibat kemiskinan dan jarak yang jauh akan memberikan peluang kepada OKT terjebak kepada jenayah dan tiada perubahan bakal berlaku.
OKT bersama adik beliau yang hadir di galeri awam kelihatan menangis gembira dan tersenyum kepada peguambela beliau selepas Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut. Malah pihak Pendakwaan juga memberikan kata dua sebagai nasihat.
Subscribe to:
Posts (Atom)


