Saturday, March 13, 2010

Permintaan Khas Seorang Rakan - "Mentera Antara Halal Dan Haram"

"Ruhhhani Junnatun Naimm Ter-ilu-ilu Badai Terlohong.."
- Antara bait mentera ilmu pengasih Main Puteri

Mentera yang bakal disebut tidak melibatkan Ruqyah kerana pada dasarnya ruqyah adalah harus dan sumbernya halal dan penggunaannya hukum harus secara tetap dengan tiada perubahan hukum sehingga terdapatnya niat dan perlakuan yang terpesong sehingga mendatangkan haram. Selain itu, ruqyah adalah harus.

Mentera tradisional akan menjadi tumpuan kita seperti mentera dalam bentuk ayat-ayat gothic seperti unsur melayu, siam, jawa, banjar dan lain-lain sewaktu dengannya. Mentera pada asasnya adalah hukum harus untuk digunapakai tetapi hukum itu berubah mengikut pemakai, zaman penggunaan, penurunan ilmu dan juga cara dan tujuan pemakaian mentera.

Kata guru saya, waktu dulu sebelum mentera atau pelajar di turunkan kepada orang yang diperkenankan, ilmu tauhid didahulukan. Selepas guru puashati mengenai tauhid mahupun pegangan muridnya, baru mentera diberikan dan dihafal sebelum di "tasmi'" balik oleh guru itu.

Permasalahan sekarang ini adalah isu pilihan. Kalau dibincangkan isu pilihan, kita ada pemakaian ayat Quran yang boleh disandarkan penuh sebagai doa dan ruqyah maka tidak perlu dan tidak menjadi keperluan untuk condong kepada mentera lagi.

Isu kedua, hukum harus mentera yang harus menjadi haram. Banyak perkara ini perlu difikirkan apabila isu pembacaan makna yang tidak boleh difahami. Ada orang ingat dia faham, tetapi pemahaman sebenarnya mengenai bait perlu diteliti.

Malah, perlu diingatkan bahawa selain daripada perkataan dan bait menunjukkan benda dan perkara, ada juga bait mentera adalah lukisan kepada bunyi. Perkataan bunyi ini jarang difahami kecuali berguru dan bertanya pada asal mengambil mentera. Perkataan seperti "bum", "tung-tung", "kluk klak" adalah bukan satu perkataan yang difahami kerana ia bukan perkara atau sifat tetapi bunyi semata-mata.

Malah kalau ia sekadar bunyi tidak apa, kalaulah ia lebih daripada bunyi seperti arahan atau nama timangan kepada jin atau syaitan? panjanglah cerita nanti.

Maka adalah seorang berkawan bertanya saya "ok ke tak untuk ambil semua ini?"

Maka berdasarkan artikel ringkas itu, saya ingin menjawab "kita ada pilihan yang lebih baik, belajarlah dan bersandar pada ruqyah dan doa dari Quran dan Sunnah. Cari guru yang baik"

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►