Saturday, March 20, 2010

Quran: Amalan Yang Baik Memudharatkan?

Semalam Uchi Gaban (lama tak pakai nama tu) berbual dengan seorang rakan sampai lewat malam disambung-sambung boraknya. Maklumlah, isteri anak tiada di rumah. Ditambah pula dengan masalah tidur yang kronik sekarang ini.

Tengah berborak rancak saya tersebut mengenai beberapa kisah amalan yang memudharatkan kata orang. Orang yang kata tapi saya tak kata lagi. Cuma dalam tidak berkata-kata, turut jadi pandir kerana ikut apa orang kata. Maka beberapa amalan saya tinggalkan dalam masa yang amat lama. Sungguh lama untuk dimaklumkan adalah amatlah terasa malunya.

Balik rumah awal pagi semalam, teringin nak menulis mengenai ini.

Uchi Gaban tinggalkan beberapa amalan yang baik dan ditambahkan lagi kebaikannya dengan amal tanpa niat khas baik bagi silat mahupun 'tut' (yang ini tidak boleh dicakap secara terang).

Ada orang kata, tinggal itu ini nanti panas la apa la. Susah nak dapat anak, memudharat keluarga dan macam-macam serba maknika (style orang Kelantan) sebab dan alasan di dahulukan. Pendek kata, tinggallah amalan baik itu.

Pasal jahat mulut dan pandir tidak bersebab, Allah SWT jua perancang terbaik. 'Panas'nya berlarutan bertahun-tahun tanpa apa sebab yang logik mahu diterima akal ini.

Tup-tup, atas cakap-cakap dan gurauan dari seorang rakan saya balik termenung di satu akhir tahun. "Biarlah panas dan yang dikatakan itu, bertahun-tahun tidak membuktikan ia benar" Antara berat tak berat, amalan lama diteruskan dengan gandaan kuasa 3.

Benarlah, rancangan kita dan rancangan Allah SWT sudah tentu rancanganNya terbaik. Tiada panas tetapi sejuk pula menimpa. Sedar atau tidak tahun ini Uchi Gaban akan dapat anak kedua selepas raya. Doakan keselamatan kami.

Mungkin Power-Power Ranger Uchi Gaban akan terus menguasai bumi Puchong ini tetapi bak kata seorang guru silat tua di hujung negeri Kedah "ambik yang ni sikit, lebihkan pada agamanya"

Baik buruk nasihat, banyak yang buruk dok ikut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►