Thursday, September 16, 2010

Seksyen 377CA Kanun Keseksaan Disambung Bicara Lagi



Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen hari ini menangguhkan satu kes bicara pertuduhan di bawah seksyen 377CA Kanun Keseksaan setelah saksi ke-4 pendakwaan iaitu Pegawai Penyiasat selesai memberikan keterangan hari ini.

Pihak Pendakwaan yang sepatutnya menutup kes pendakwaan pada hari ini, memohon satu penangguhan bagi memboleh satu saksi baru iaitu doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa boleh hadir untuk memberikan keterangan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Menurut pihak pendakwaan, pihak doktor tersebut sedang bercuti dan permohonan adalah berdasarkan dokumen laporan pemeriksaan perubatan asal yang dikeluarkan oleh doktor terbabit hilang dan kehadiran saksi tersebut bagi memberikan keterangan secara terus adalah amat diperlukan.

Orang kena Tuduh yang diwakili peguam Hisham Nazir tidak membuat bantahan dan sebaliknya Mahkamah Sesyen bersetuju memberikan satu tempoh masa yang mencukupi untuk berbuat sedemikian sekiranya gagal, pihak pendakwaan perlu menutup kes pendakwaan. 

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut dimaklumkan bahawa sepina tidak diserahkan kepada doktor terbabit.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►