Wednesday, June 11, 2008

Semua Barang Naik Harga! Satu Saja Turun; Air Hujan- Abdul Rahman Allabaladi

Maaflah sekiranya lama sangat tidak update blog ni. Kawe masih dalam keadaan rajuk ekoran harga minyak naik lagi.

Sah! Anwar Penipu.. katanya harga minyak boleh diturunkan... last-last Shahrir kata mana boleh turun. Kos Petronas naik 200% tiada siapa peduli. Kita naik 40% saja. Subsidi masih ditampung kerajaan. Demi UMNO dan Malaysia, kita tiada pilihan.

Subsidi celah mana kawe tak tahu.

Kalau ikut hati, mahu dibuat macam gambar ditepi. Jual semua komponen dan rangka gadai di kedai besi. Ada baki, beli pulak Raleigh. Boleh kawe kayuh pergi keje hari-hari. Minyak jimat, kos baiki pun setakat celah gigi.

Hari naiknya harga minyak, kawe ada di Kelana Jaya. Sependek jalannya, mahu jammed dari pukul 7.00 malam ke 11.30 malam baru sampai di Puchong. Dekat 5 jam bagi perjalanan laju 15 minit. Kalau diikitkan mahu dah sampai Kedah dah kalau dipecut bot 1.8GL kawe tu. Selain daripada minyak punya pasal, biasa la banyak bot-bot kecil tersadai kerana enjin tak tahan panas kot.

Panas dengan keadaan tu, kawe balik tanpa isi minyak. Lagipun minyak masih banyak kerana baru sampai dari Kelantan. Terkejut Kawe bila pagi tu nak isi minyak motor, RM2.70 seliter. Mana mahu penuh kalu setakat RM5.00.

Dulu aku isi RM3.00 penuh tangki motor subsidi abah aku tu. Pastu kerajaan Malaysia masih tak puas hati dengan aku. Di tambahnya lagi harga petrol. Takper, RM3-4 masih boleh jalan berlenggang lagi atas highway.

Kawe pun tak tahu malaun mana pulak gi cucuk Perdana Menteri; sampai tak sudah-sudah dengki ngan kawe. Di naik lagi harga petrol tahun 1996. Waduh! RM5.00 genaplah setangki motor bekas jagoan jalan padang tembak (Kelantan) tu.

Tapi bila dah naik RM2.70 ni, kawe minta maaf lah kepada mamak-mamak kedai kopi, kawe tak berapa nak singgah mana dah kedai la ni. Sebab kena catu. Takut barisan pimpinan negara masih dengkikan kawe yang bergaji tak tentu.

Demi negara, rakyat perlu ubah cara hidup. Dengan gaji ciput dan ada yang tak tentu, rakyat masih tidak sedar diri untuk berubah dan mengubah cara hidup dan berbelanja. Dulu pagi-pagi beli nasi lemak 4 bungkus. Isteri 2 bungkus. Suami pun 2 bungkus. Kekadang si suami balun 3 bungkus (anak siapa lah kuat makan ni) dan yang baki isteri lah perabihkan. Dalam seminggu, miss 1-2 hari saja tidak beli kuih. Sekali beli, RM1-2 seharusnya tergadai kat makcik tu. Takperlah, rezeki dia gamak eh.

Sekarang, demi membolehkan GLC terus menkayakan diri serta tanpa pemotongan apa jua kos dan keseimbangan ekonomi pihak 'atasan', maka orang macam kawe dan kamu yg dok baca blog ni kena lah berubah. Kawe pun dah mula, pepagi pun dah tak mimpi nasi lemak lagi sampai makcik tu pun dah memekik kat aku bila lalu nak gi keje; "lama tak singgah!"

Bukan taknak singgah makcik wooi, bukan juga kerana nasi lemak dah naik RM0.30 tapi semua kena jimat. Bukan kawe tak mahu. Tapi ini arahan pihak atasan yang dipilih rakyat jelata. Bila cakap gitu, kan kena ikut. Baru jadi rakyat yang taat. Dengan jimat cermat juga banyak kebaikannya, ditambah pula dengan peningkatan harga maka kompeni-kompeni yang ada dok jaga akan tetap utuh dengan selesa walaupun kuasa membeli akan menurun sebab itu satu-satunya kuasa yang kita semua ada. Tapi kuasa tu memang tak boleh guna pakai macam hero dalam TV.

Shahrir terus mempertahankan tindakan tepat kerajaan dan melanyak seolah kebodohan pihak pembangkang ke tahap maksima macam pimpinan Pembangkang tu tak sekolah. Orang macam korang yang membaca blog ni memang tak sekolah. Minyak naik, naik lah! Macam lah apa komentar dari Dr. MAZA kita, mereka candukan kita macam-macam cerita bagi membolehkan sumber kewangan kita disumbangkan kepada kerajaan.

Pimpinan kerajaan (tak semua) terus memberikan kata-kata perangsang kepada kita semua sempena kenaikan harga minyak ini, seolah ada bonus menanti. Maka sokongan kepada kerajaan haruslah kita berikan tanpa berbelah bagi atas jasa baik bonus yang diperolehi.

Mana tidaknya, kepada pemilik bot-bot kecil bawah 2000cc akan dapat wang subsidi yang banyak bagi menampung subsidi yang ditarik. Shahrir pun ada kata dalam TV; Wang subsidi yang diberikan tahunan itu mencukupi bagi menampung kos kenaikan minyak. Lagi satu, dengan pemberian wang tersebut, golongan kaya dan miskin akan merasakan perbezaan dalam penggunaan subsidi dan seterusnya memberikan pengagihan subsidi secara adil kepada yang berhak.

Bravo! Bravo!

Ada lagi; dengan pemberian wang subsidi dan pengekalan subsidi di bawah harga pasaran bagi pengangkutan komersil akan memberikan kesan positif kepada TIADA HARGA BARANG NAIK.. Dengan confident itu, maka adakah kita patut memarahi kepada kerajaan. Kalau masih marah minyak naik, maka korang memang tak kenang budi sedangkan banyak tu janji kerajaan.

Lepas sehari minyak naik, si malaun-malaun yang tak berapa sekolah tapi hantar budak sekolah pakat nak naikkan harga tambang bas sekolah kepada RM50.00 sebulan bagi menampung kos yang meningkat.

Kerajaan kata tak meningkat tapi bas sekolah dah naik harga. Tapi yang masuk TV yang kata taknak naik saja. Teksi di Pulau Pinang bising nak naikkan harga lagi. Mana boleh tahan kalu petrol naik RM0.78 tapi tambang tak naik. Minyak habis tunggu jammed je.

Yang kelakar, bila abang-abang teksi Pulau Pinang mengamuk nak naikkan harga tambang, ada satu malaun mana dalam berita, aku pun dah lupa. Dia beri komen pasal NGV tak naik harga dan tetap kekal, maka pengguna dan pemandu teksi tidak patut naikkan harga. Tak tahulah samada dia maksudkan abang-abang teksi di Pulau Pinang atau di mana.

Pulau Pinang ada berapa pam NGV ?

Bila isu minyak naik ni, timbul bagaimana soal peningkatan harga minyak pada 2006 kepada pengambil alihan MTrans Transportation System milik menantu ChetDet oleh pihak kroni paklah melalui Scomi sehingga pengambilalihan RapidKL. Maka penguasaan pengangkutan awam duduk bawah PakLah dan benarlah kata PakLah bahawa peningkatan harga minyak dan penarikan subsidi RM4.4 bilion itu akan di tabur balik kepada rakyat terutama dalam membaiki sistem pengangkutan awam. Ye ke? sila baca

Nak lagi? Baca ni pulak!.

Tak cukup? Cuba telaah yang ni pulak

Namun yang best bagaimana isu pembahagian subsidi minyak akan diberikan kepada rakyat melalui Pos Malaysia yang mana Pos Malaysia dimiliki oleh ECM Libra yang mana ECM Libra di miliki oleh Khairi Jamaluddin selaku menantu Pak Lah. Betui kaa?

Sebagaimana email-email yang mengira untung rugi bagaimana CELCOM cuba menghalalkan perjudian melalui peraduan "100 kereta 100 hari", isu ini juga memberi pengiraan bagaimana simpanan tetap akan dibuat oleh kerajaan kepada Pos Malaysia bagi membolehkan pembayaran subsidi sebanyak RM0.10 setiap RM10.00 subsidi. Maknanya RM6.20 bagi setiap kepala yang nak ambil subsidi. Kalau ikut pengiraan orang kerajaan, terdapatnya 6 juta kenderaan yang layak menerima subsidi tersebut.

RM6.20 x 6 juta = RM 37 200 000 setiap tahun

Betui ka?

Yang Kawe tahu, kerajaan tipu kalu barang lain tak naik kerana minyak. Kawe ingat cikgu perdagangan kawe masa tingkatan 5 pernah kata;

"Kalau barang naik, kain pun naik"

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►