Wednesday, June 9, 2010

Ustaz Ghazali: Amanah & Zuhudnya Menjadi Bualan



Ini gambar terbaru Ustaz Ghazali bersama Ustaz Sofar bulan Jun 2010.

Ustaz Ghazali menyambut tetamu semasa lawatan ke Darul Atiq

Bila disebut Ustaz Ghazali mungkin tidak ramai mengenalinya. Uchi Gaban juga tidak mengenalinya kecuali beberapa sebutan nama beliau dalam perjuangan melalui satu wadah yang diasaskan beliau, Darul Atiq. Uchi Gaban sendiri sempat menghadiri kuliah beliau dan sebagaimana orang yang mengenali beliau, cara beliau bercakap dan bacaannya agak telor tapi lenggok bahasa dan bacaan serta raut mukanya mampu memikat hati orang melihat. Telornya mampu membuatkan hadirin menangis. Itulah berkat seorang Ustaz yang agak dikagumi ini.

Orangnya agak veteran dan telah mengasaskan Darul Atiq di Kg. Melayu Rasa, Kuala Kubu Bharu semenjak 1982 yang mana sehingga kini beliau tidak pernah memohon secara rasmi bantuan daripada mana-mana pihak tetapi bantuan dan pertolongan Allah SWT sering menyebelahinya. Setakat 09.06.2010, Darul Atiq memerlukan RM1,000.00 sehari untuk keperluan seharian mereka.

Darul Atiq menempatkan golongan 'terbuang' seperti anak yatim, anak nakal yang tidak mampu dibela ibubapa mereka atau atas sebab-sebab lain, anak tidak berkeluarga, remaja terlanjur, penagih dadah, janda-janda dan mereka yang ada pelbagai masalah lagi. Di sini Darul Atiq membimbing mereka dan melahirkan peribadi selaras dengan ajaran Islam.

Walaupun telah berusia, ustaz Ghazali masih mengagahkan diri ke surau dan masjid atas jemputan ceramah di seluruh Malaysia sekaligus mendapatkan derma bagi saraan harian Darul Atiq. Agak sebab semalam apabila beliau berpesan mengenai amanah, dan beliau akan menjalankan amanah untuk mendidik mereka-mereka di bawah Darul Atiq sehingga mana beliau hidup.

Kalau ingin mendengar kuliahnya, boleh terus ke Darul Atiq setiap sabtu malam. Kuliah di tempat lain banyak sehingga ke Utara tetapi tiada jadual pada Uichi Gaban. Cuma di Surau Ar Rahmah Seksyen 8 Shah Alam setiap Selasa minggu kedua, Kuliah Maghrib

Rumah seorang pejuang Islam yang dikenali dan dihormati.

Uchi Gaban ingat pesan Ustaz Ghazali, "Tahajudlah, kerana itu amalan Rasullulah. Dengan tahajud wajah kita berseri, senang dunia dan dipermudahkan. Apa guna rumah besar, kalau kubur kecik?"

"Apa salahnya kita bagi derma lebih sikit. Asik-asik seringgit sahaja. Bagi lah sepuluh lima puluh ka. Hari-hari kita makan cukup, makan sedap. Korbanlah makan sehari dalam setahun untuk kita fikir dibelakang sana ada yang perlukan duit itu"

Atas usaha berterusan, kini Ustaz Ghazali meneruskan perjuangan menjaga pusta ini di Batang Kali dengan melibatkan penghuni sakit mental, masalah akhlak, anak yatim, anak tidak beribu bapa dan orang tua. Manakala di satu kawasan lain ditubuhkan satu lagi Pusat Tahfiz dan pembelajaran khas untuk menyambung belajar di Timur Tengah. Malah lebih membanggakan apabila ia turut dibuka di Indonesia atas usaha beliau dan anak murid beliau yang dididik lama dengannya.

Dengan ini, Uichi Gaban secara peribadi MERAYU derma untuk Pusat Tarbiah Islamiyah Darul Atiq. Untuk berderma atau bersedekah kepada Darul Atiq, boleh berbuat sedemikian kepada:

Pusat Tarbiah Islamiyah Darul Atiq
Kg Melayu Rasa
Batu 341/2
44200 Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan

Boleh hubungi:
Ustaz Ghazali Hasbullah
Akaun Maybank: 162076546024
Tel: 03-60574869
H/P: 019-3298799

7 komen:

Anonymous said...

makasih

Anonymous said...

Semoga Allah memberikan umur yang panjang dan kesihatan kepada beliau

Anonymous said...

Terima kasih atas usaha penulis

SH said...

Terima kasih kembali daripada Uichi Gaban Sekeluarga!

SH said...

Beliau masih gagah di bawa ceramah agama di surau2

SH said...

Abuya sedang sakit dan ditenmpoatkan di Hospital Selayang. baru-baru ni dimaklumkan oleh anak beliau, Ustaz Ahmad Nizam yang juga mudir madrasah Darul Atiq Batang Kali (Baitul Ulum)

SH said...

Tuan Guru Abuya Ghazali hasbullah meninggal 03.06.2011 malam jam 10 malam di Hospital Selayang atas sakit tua. Alfatihah. http://www.hishamnazir.net/2011/06/abuya-ustaz-ghazali-hasbullah-meninggal.html

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►